suria

Isteri bukan hamil anak kembar, Daler Yusuf minta maaf kapsyen Instagram buat pengikut keliru

Daler kini sedang menanti anak keempatnya.

PELAKON Daler Yusuf menjelaskan isterinya iaitu Sakinah Burikul tidak hamil anak kembar seperti disangka sesetengah pihak.

Daler atau Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 32, berkata, kapsyen pada hantaran di Instagram sebelum ini yang memberitahu dia akan menjadi bapa kepada lima anak adalah kecuaian sendiri.

"Oh tidak, sebenarnya isteri sedang hamil anak keempat dan bukannya anak kembar.

2460179

Daler sudah 10 tahun berkahwin bersama Sakinah.

"Patutlah saya dapat ucapan tahniah dapat anak kembar, rupanya saya tersilap tulis pada kapsyen di Instagram," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Sebelum ini, Daler menerusi satu hantaran di Instagram meluahkan rasa syukur kerana bakal menjadi bapa kepada lima cahaya mata.

Susulan itu, ramai berteka-teki kandungan isterinya itu adalah kembar memandangkan Daler kini mempunyai tiga orang anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya dah 10 tahun kahwin, Daler Yusuf umum isteri hamil anak ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan pemergian bapa dan nenek, Daler Yusuf muncul selepas 20 hari menghilangkan diri - “Alhamdulillah sekarang saya rasa lebih baik”

Jelas pelakon itu, dia dijangka bakal menimang cahaya mata keempatnya itu pada April depan.

"Anak keempat ini adalah lelaki. Sekarang sudah enam bulan dan isteri saya insya-Allah akan melahirkan anak pada April depan. Doakan semoga dipermudahkan," ujarnya.

Sebelum ini pada 27 Disember lalu, Daler mengejutkan peminat apabila mendedahkan dia sebenarnya telah berkahwin dengan Sakinah sejak 10 tahun yang lalu.

Daler  1

Daler bersama tiga anaknya.

Bukan sahaja mendedahkan dirinya sudah berkahwin, malah hasil perkahwinan pasangan yang berasal daripada Uzbekistan itu sudah mempunyai tiga cahaya mata.

Mereka adalah Yusuf, 10, Amira, 8 dan juga Abu Bakar 5 tahun.

Jelas Daler, dia memilih untuk tidak mengumumkan mengenai perkahwinan itu kerana kehidupan mereka agak sulit sebelum ini disebabkan sering berbalah dan timbul salah faham.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain