suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atikah Suhaime sudah bertunang, berkahwin dengan usahawan minggu depan

Atikah melangsungkan pertunangan pada Disember lalu.

TEKA-TEKI status pelakon Atikah Suhaime akhirnya terjawab selepas dia memaklumkan sudah mengikat tali pertunangannya dengan lelaki pilihan hati pada Disember tahun lalu.

Kata Atikah, 33, dia bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya seorang usahawan dikenali sebagai Datuk Lokman Teh yang akan berlangsung pada Ahad depan, 21 Januari.

"Ya, saya sudah bertunang bulan lalu di Singapura. Rumah ibu saya.

Atikah 1

Majlis pertunangan itu berlangsung di Singapura.

"InsyaAllah kami akan berkahwin pada Ahad depan," katanya ketika ditemu bual mStar pada Jumaat.

Bersyukur hubungan mereka bakal berakhir sebagai suami isteri, Atikah turut memohon doa orang ramai supaya urusan perkahwinannya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

"Doakan saya semoga dipermudahkan," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang orang muda ramai sakit, Atikah Suhaime buat ‘content’ menu sihat sebagai panduan... katanya diet bukan untuk kurus

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime rela tiada ‘job’, enggan terima watak jahat berhijab, perampas! - “Nanti semua fikir perempuan bertudung tak boleh dipercayai”

Pada pagi Jumaat, Atikah berkongsi satu hantaran di Instagram memaklumkan dia kini sudah bertunang.

Menerusi kapsyen, Atikah juga berkata dia sudah bersedia mendirikan rumah tangga.

"Are you ready? Let's go! Satu minggu lagi. InsyaAllah," katanya.

Atikah 2

Atikah selesa berada disamping Lokman.

Atikah sebelum ini ketika ditemui media berkata Lokman mempunyai segala ciri-ciri lelaki yang diingininya.

Atikah menyifatkan Lokman seorang lelaki yang bertanggungjawab dan dia berasa tenang apabila berada di sisi tunangnya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain