suria

Isteri Aman Graseka mesej minta bantuan lagi, kali ini anak sakit sedang ditidurkan… Sharifah Shahirah jadi takut nak percaya

Shiera menerima mesej memaklumkan anak Aman sedang sakit.

ANAK kepada pelakon Aman Graseka dikhabarkan sedang sakit dan ditidurkan di sebuah hospital di Kedah.

Perkara tersebut dikongsi oleh penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah, 50, yang memaklumkan dia menerima mesej itu daripada isteri aktor berkenaan pada awal pagi Jumaat.

"Isteri dia mesej saya beritahu anak sedang ditidurkan di hospital. Saya terima mesej itu awal pagi sekitar selepas waktu Subuh.

aman graseka 1

Isteri Aman memaklumkan salah seorang anak mereka sedang sakit.

"Dia siap cakap mahu tunjuk video sebagai bukti," katanya kepada mStar.

Shahirah atau Shiera bagaimanapun berkata dia tidak bertanya lanjut mengenai keadaan anak pasangan itu.

Sebaliknya dia hanya berkongsi berita berkenaan semasa bersiaran di segmen Suria Petang dan memohon doa pendengar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V]Aman Graseka mungkin malu mengaku susah, Sharifah Shahirah tiada niat buka aib - “Saya nak pergi jumpa dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh pelakon era 90-an minta bantuan nak bagi anak makan, Aman Graseka tampil jelas situasi sebenar... Kini sibuk berniaga ketupat dan rendang

Kata Shiera, dia juga bimbang jika mesej yang diterima itu tidak benar dan isteri kepada Aman iaitu Nurul Amrina sengaja mereka cerita untuk meraih perhatian.

"Saya memang tidak bertanya lanjut. Kalau benar anak sakit, kenapa sampai perlu nak tunjuk video. Jika perlukan bantuan dia sepatutnya hubungi orang terdekat.

"Sebelum ini pun dia tidak jujur sebab itu saya hanya berdiam sahaja kali ini. Cuma kalau betul saya hanya minta orang ramai mendoakan urusan mereka dipermudahkan," ujarnya.

Sebagai penyampai radio saya juga tolong uar-uarkan hal ini. Sekirang dia betul-betul perlukan bantuan boleh terus hubungi media dan berkongsi cerita

SHARIFAH SHAHIRAH

PENYAMPAI RADIO

Bimbang pisang berbuah dua kali, Shiera memberitahu dia hanya memanfaatkan kelebihannya sebagai penyampai radio untuk berkongsi perkara tersebut namun enggan terlalu percaya.

"Apa yang saya boleh buat hanya minta pihak berwajib seperti Lembaga Zakat untuk menjenguk mereka. Saya pun dah tiada kudrat untuk membantu.

"Sebagai penyampai radio saya juga tolong uar-uarkan hal ini. Sekirang dia betul-betul perlukan bantuan boleh terus hubungi media dan berkongsi cerita," luahnya.

rara1 - 1

Shiera hanya membantu untuk berkongsi kisah Aman di radio.

Sebelum ini Shiera pernah menerima mesej daripada Aman yang meminta bantuan daripadanya kerana kesempitan hidup.

Aman bagaimanapun ketika dihubungi menafikan perkara tersebut dan memaklumkan dia dan keluarga seperti biasa.

Ketika isu tersebut menjadi hangat, ramai dalam kalangan selebriti mendedahkan menerima mesej sama daripada Aman namun tidak dapat dipastikan ia benar atau pun tidak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain