suria

Luka ‘caesar’ masih terasa sakit, Dayana Roza kembali bekerja dalam tempoh berpantang - “Pengorbanan demi anak-anak”

Dayana sudah bekerja walaupun masih dalam tempoh berpantang.

PELAKON Dayana Roza terus gigih bekerja biarpun masih belum menghabiskan tempoh berpantang selepas melahirkan anak kedua pada Disember tahun lalu

Dayana atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 33, berkata, dia masih dapat merasa kesakitan akibat luka melahirkan anak secara pembedahan namun tindakan kembali bekerja adalah pengorbanan demi masa depan anak-anak.

"Belum selesai 44 hari berpantang, sakit caesar (pembedahan) masih terasa lagi tetapi saya sudah bekerja.

dayana - 1

Dayana melahirkan anak kedua pada Disember tahun lalu.

"Tapi tidak mengapa ini pengorbanan saya untuk masa depan anak-anak nanti. Semoga habis jual semua dan boleh cepat baik cium bau syurga anak saya yang tunggu di rumah," katanya.

Dayana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu kini sedang menyertai Halal Eid Expo 2024 yang diadakan di Singapura.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersalin awal daripada jangkaan, Dayana Roza selamat timang bayi lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Dayana Roza mahu timang ‘baby boy’ bakal tercapai... "Dari dulu teringin anak lelaki"

Dayana turut meluahkan rasa syukur kerana perniagaan produk minyak cili bawang putih miliknya mendapat sambutan ramai.

"Ini pertama kali saya buka booth untuk garlic chilli oil kerana sebelum ini hanya dijual secara online.

"Alhamdulillah dapat sambutan sudah tiga kali restock dengan kilang dan pelanggan juga dah ada yang repeat order," ujarnya.

Untuk rekod, Dayana mendirikan rumah tangga dengan A'dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Astrid Raheeya, 3, dan Aryan Andika yang dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain