suria

Alyah terkedu dengan komen Hetty Koes Endang, minta jangan jatuhkan Siti Nordiana

Alyah (kanan) memberi sokongan penuh kepada Nana.

PENYANYI Datin Alyah meminta orang ramai tidak membandingkan nyanyian Siti Nordiana dengan dia ketika menyanyikan lagi Kisah Hati pada konsert akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada malam Ahad.

Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 42, sebagai penyanyi mereka beruda sudah memberikan yang terbaik dalam menyampaikan lagu berkenaan dengan cara tersendiri.

"Saya kongsi semula semua mesej nama saya sebab sokongan yang diberikan buat saya sebak. Tapi janganlah jatuhkan sahabat saya. Saya yakin dia pun sudah berusaha keras nak beri yang terbaik.

Nana a1

Antara komen-komen netizen.

"Saya rakam lagu Kisah Hati ini berulang kali sebab mahukan yang terbaik. Tak kisahlah lagu sendiri atau lagu orang lain. Hargailah kerana usaha kami.

"Mohon jangan bandingkan kerana kami sahaja tahu rasa sakit itu," katanya.

Alyah berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kemenangan dipertikai, Jaclyn Victor minta netizen bertenang - “Bukan saya beri markah”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai marah Hetty Koes Endang, tak patut kata ‘Kisah Hati’ versi Siti Nordiana lebih baik berbanding penyanyi asal

Luahan itu dibuat selepas peminat meluahkan rasa kurang senang dengan komen juri tetap ASGV iaitu Hetty Koes Endang yang menganggap nyanyian Siti Nordiana lebih baik berbanding dia.

Susulan komen tersebut, ramai mula berkongsi kembali video nyanyian Alyah pada acara Anugerah Juara Lagu ke-26 dan menyuarakan ia jauh lebih baik.

Mendengar komen Hetty pada malam final itu, Alyah mengakui terkejut sehingga terkedu kerana tidak menyangka itu pandangan juri.

Nana a2

Ramai yang kurang senang dengan komen Hetty.

"Saya hadir malam tadi (ASGV) untuk sokong sahabat yang menyanyikan lagu saya. Walaupun dikejutkan dengan situasi yang buat saya terkedu sehingga tak tahu nak beri reaksi. Saya hanya mampu tersenyum," ujarnya.

Sementara itu, peminat menganggap Hetty tidak sepatutnya memberi komen sebegitu kerana boleh menjatuhkan kredibiliti Alyah sebagai seorang penyanyi.

Malah video nyanyian Alyah sebelum ini juga mula menjadi trending di media sosial selepas kejadian itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain