suria

Janna Nick terkesan isu lelaki berpoligami, minta Dini Schatzmann terus terang kalau sudah tak sayang

Janna terkesan dengan isu lelaki berpoligami yang sedang hangat diperkatakan.

EMOSI pelakon Janna Nick terganggu apabila membaca berita mengenai pengakuan personaliti media sosial Alif Teega yang mengaku berkahwin dua Ahad lalu.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, berkata, berita berkenaan pasti akan menjentik hati mana-mana wanita terutamanya yang bergelar isteri.

"Masa perjalanan pulang dari Famili Duo, saya tengah tengok TikTok dan baca berita yang membuatkan saya beremosi sebagai seorang isteri.

"Semua wanita akan terasa dengan situasi sekarang, lagi-lagi perempuan yang kena tipu dengan suami... Semua akan terasa," katanya.

Janna akui terkesan dengan isu poligami yang sedang tular.

Janna berharap Dini tidak bersikap curang terhadapnya.

Janna meluahkan perkara itu dalam satu hantaran di TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Janna berkata, perasaan kurang senang itu bukan bererti dia mahu masuk campur dalam urusan rumah tangga orang lain.

"Apa pun itu kehidupan orang, kita tak tahu apa berlaku dan saya tidak mahu menganggu kehidupan dan perkahwinan orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega mengaku kahwin dua, Aisyah Hijanah minta tak cakap buruk tentang suami

ARTIKEL BERKAITAN: Aisyah Hijanah sedar suami hanya pinjaman Allah, ujian terhadap doa mahu masuk syurga tanpa hisab

"Kalau sebelum kahwin, saya tidak kisah. Selepas bergelar isteri, saya turut terkesan tapi bukan bermaksud saya nak menyibuk dalam hal rumah tangga orang," jelasnya.

Janna turut sempat meninggalkan pesan buat suami, pelakon Dini Schatzmann supaya berlaku jujur dan tidak bersikap curang di belakangnya.

Kata Janna, jika suatu hari nanti Dini sudah tidak menyayanginya, dia berharap suaminya itu tidak berlaku curang sebaliknya berdepan dengannya dan berterus terang.

"Sekiranya suatu hari nanti awak sudah tiada perasaan, tidak sayang saya lagi, jangan curang di belakang saya. Itu paling saya tidak boleh terima.

Jannah 2

Janna dan Dini berkahwin pada Jun lalu.

"Kalau berani datang menghadap saya," katanya.

Sebelum ini, Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, membuat pengakuan dia berpoligami dan penjelasan itu dibuat bagi mengelak timbul fitnah.

Isteri pertamanya, Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 28, pula meminta orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan kedua suaminya itu.

Selain meminta mendoakan kebahagiaan Alif dan isteri baharunya yang tidak didedahkan identitinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain