suria

Alif Teega mengaku kahwin dua, Aisyah Hijanah minta tak cakap buruk tentang suami 

Alif berkongsi dia kini sudah berkahwin dua.

PEMPENGARUH media sosial Alif Teega membuat pengakuan berkahwin dua dengan seorang wanita pada 18 November lalu.

Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, berkata, dia membuat pengakuan itu bagi mengelakkan sebarang fitnah selain tidak mahu pernikahannya berkenaan menjadi buah mulut orang.

"Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik, Alhamdulillah berita tersebut adalah benar. Saya sudah pun bernikah.

"Tujuan hantaran ini adalah untuk menyampaikan khabar berita sekali gus menjawab segala spekulasi tentang saya dan mengelak daripada sebarang fitnah," katanya.

alif teega 3

Menerusi perkahwinan bersama Aisyah, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Alif membuat pengakuan itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Ahad.

Personaliti media sosial itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran mengenai identiti isteri keduanya itu.

Dalam pada itu, Alif turut melahirkan rasa kagum terhadap isteri pertamanya iaitu Aisyah Hijanah kerana tabah berkongsi kasih bersama seorang wanita lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Staf nak bermadu dengan bos, tak malu jadi penyondol... Aisyah Hijanah ikhtiar selamatkan rumah tangga, bawa Alif Teega berubat

ARTIKEL BERKAITAN: Isu staf nak bermadu dengan suami selesai, ujian buat Aisyah Hijanah dan Alif Teega kukuhkan perkahwinan

"Terima kasih khususnya kepada isteri saya, Aisyah Hijanah kerana bersabar dengan apa yang telah berlaku, tabah dan masih kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita menerima hakikat ini.

"Aisyah adalah wanita pilihan Allah yang kuatnya luar biasa dan saya juga takjub dengan kekuatannya dalam hadapi setiap ujian," ujarnya.

Sementara itu, Aisyah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

alif teega 2

Aisyah memohon orang ramai tidak berkata perkara tidak baik tentang perkahwinan Alif.

"Doakan yang baik-baik buat kami berdua. Saya mohon agar tidak berkata yang buruk kepada Alif mahupun isteri barunya," jelasnya.

Untuk rekod Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerja sendiri.

Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain