suria

Penyingkiran ada hikmah, Noryn Aziz tak perlu lagi bergantung kepada steroid

Noryn mengalami masalah suara yang agak teruk sejak awal minggu lalu.

PENYANYI Noryn Aziz mendedahkan terpaksa bergantung kepada suntikan steroid gara-gara mengalami masalah suara pada minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Noryn atau Norazmahwati Abd Aziz, 47, berkata, penyingkirannya pada malam Ahad itu juga mempunyai hikmah tersendiri apabila dia tidak perlu lagi bergantung kepada steroid.

Menurut Noryn, suaranya mula menjadi serak dan hampir kehilangan suara sejak awal minggu lalu sehingga dia tidak mempunyai pilihan dan terpaksa bergantung kepada ubat berkenaan.

noreen2 - 1

Persembahan Noryn gagal mencuri hati juri.

"Saya percaya perjalanan saya di ASGV memang sudah ditentukan sampai di sini sahaja. Mungkin saya terlalu tertekan sampai kena ambil steroid.

"Baru minggu ini saya terpaksa ambil steroid sebab suara saya sudah terlalu serak. Hampir dah nak hilang suara saya," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Noryn Aziz gagal ke suku akhir All Stars Gegar Vaganza, masalah suara tak halang Jaclyn Victor dapat tempat pertama

ARTIKEL BERKAITAN: World class performance! Gandingan Liza Aziz dan Noryn Aziz dapat pujian, satu auditorium berdiri beri penghormatan

Noryn berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media ASGV yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Memandang positif penyingkirannya itu, Noryn tetap bersyukur kerana ASGV telah membantunya untuk membuat kemunculan semula dalam industri hiburan tempatan.

Saya percaya perjalanan saya di ASGV memang sudah ditentukan sampai di sini sahaja.

NORYN AZIZ

PENYANYI

"Apa yang saya dapat di sini (ASGV) adalah ilmu dan untuk berada di pertandingan ini saya sebenarnya bukan seorang mass singer.

"Saya mempunyai genre nyanyian yang diperjuangkan tapi saya perlu bersyukur kerana penyertaan di GV5 merupakan satu platform untuk buat comeback.

noreen1 - 1

Noryn reda perjuangan di ASGV sudah tamat.

"Bagi saya untuk berada di ASGV adalah sebagai salah satu ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua... Tanggungjawab sebagai seorang juara," ujarnya.

Pada malam Ahad, Noreen terpaksa akur apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di ASGV minggu sembilan.

Persembahan lagu Tegar nyanyian bersama penyanyi undangan Dia Fadila gagal mencuri hati juri sekali gus tidak dapat melayakkan penyanyi itu bersaing ke peringkat suku akhir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain