suria

Khai Bahar masuk hospital diserang demam viral, peminat risau konsert solo Sabtu ini

Khai masih dirawat di hospital.

KEADAAN kesihatan penyanyi Khai Bahar dilaporkan semakin baik selepas menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

Pengurusnya yang dikenali sebagai Jai memaklumkan Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 29, masih ditahan di wad dan disahkan mengalami jangkitan demam viral.

Kata Jai, Khai mula menunjukkan simptom demam dan menggigil badan selepas selesai membuat persembahan di Istana Budaya pada malam Ahad.

"Khai masih lagi dirawat di hospital untuk hari ini saya masih lagi menunggu update daripada doktor. Tapi Alhamdulillah setakat ini saya lihat keadaanya semakin baik.

Khai bakal mengadakan konsert solo Sabtu ini.

Khai bakal mengadakan konsert solo Sabtu ini.

"Demam viral yang dihidapi Khai ini disahkan pada pagi Isnin... selepas habis membuat persembahan di Istana Budaya, Khai menggigil dan kami terus bawanya ke hospital," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Jai turut memohon peminat mendoakan Khai segera sembuh memandangkan dia bakal menganjurkan Konsert Solo Khai Bahar di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar terkilan tak dapat bawa ibu bapa tonton konsert pertama di Dewan Filharmonik Petronas

ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan ibu tak menentu, Khai Bahar sudah setahun tak berlakon... Tak mahu susahkan produksi kalau ada kecemasan

"InsyaAllah doakan semuanya dipermudahkan. Doktor pun sudah tahu tentang konsert yang bakal berlangsung Sabtu ini.

"Jadi saya harap peminat semua dapat doakan Khai supaya cepat sembuh dan dapat melakukan persembahan di konsertnya nanti," ujarnya.

Sementara itu, Khai menerusi satu hantaran di Instastory memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik dan meminta peminat juga menjaga diri.

"Terima kasih semua yang mendoakan. Saya okay sahaja ni. Korang semua jaga diri okay," tulisnya di Instastory.

Sebelum ini menerusi temu bual bersama mStar, Khai meluahkan keterujaannya menjayakan konsert solo dan berjanji membawakan kelainan dalam persembahannya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain