suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Panggil anak tapi tak bersahut, Aaron Aziz sedih seorang diri di rumah

Aaron rasa sepi tanpa keluarga.

PELAKON Datuk Aaron Aziz mengakui hidupnya berasa sunyi tanpa isteri dan anak-anak di sisi.

Meskipun memiliki kemewahan dan harta benda, Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, berkata segalanya tiada erti jika dia tanpa keluarga.

"Hari ini saya bangun rasa sedih. Hidup ini kalau tanpa keluarga dan anak-anak memang tiada apa-apa.

Aaron 2

Tanpa keluarga, hidup Aaron Aziz seperti tiada apa-apa.

"Walaupun ada rumah, ada kereta ada harta, ada apa semua tapi kalau tiada keluarga dan anak, memang tiada makna," katanya.

Aaron berkongsi luahannya itu dalam satu hantaran menerusi Instagram pada Ahad.

Dalam rakaman video itu, Aaron memberitahu dia seorang diri di rumah kerana isterinya Diana Halik dan anak, Dahlia Arissa pulang ke kampung halaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan benda penting kena kenal artis, Aaron Aziz tak ambil hati pemuda tanya siapa dirinya

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz jumpa Chris Hermsworth, netizen kata rezeki kena singkir filem Syamsul

Manakala, anak pertamanya iaitu Danish Anaqi kini berada di kem tentera dan Dwi Ariani pula di kolej.

Dengan ekspresi wajah sedih, Aaron menunjukkan persekitaran rumahnya yang kosong dan memanggil nama ahli keluarganya namun tidak bersahut.

Aaron 1

Aaron dan Diana mendirikan rumah tangga pada 2003.

"Hari ini saya seorang dekat rumah. Diana dan Dahlia balik kampung. Dwi dekat kolej, Danish dekat kem tentera.

"Ini keadaan dekat rumah. Walaupun besar, namun ia sangat tidak bermakna tanpa keluarga," ujarnya.

Untuk rekod, Aaron telah mendirikan rumah tangga bersama Diana pada 2003 dan dikurniakan tiga anak iaitu Danish Anaqi, 18, Dwi Ariana, 17, dan Dahlia Arissa, 13.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain