suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mengadu sakit dada dan sukar bernafas, suami Sheila Majid selamat jalani prosedur jantung

Acis dimasukkan ke IJN sejak Isnin lalu.

SUAMI kepada penyanyi Datuk Sheila Majid iaitu Datuk Acis selamat menjalani prosedur angiogram dan angioplasty akibat masalah kesukaran bernafas yang dialami.

Prosedur berkaitan jantung itu dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Berkongsi mengenai perkara itu, Sheila, 58, memberitahu pihak IJN turut memasang perentak atau stent susulan terdapat bahagian jantung yang tersumbat.

acis 1

Acis masih di IJN untuk tujuan pemantauan.

"Alhamdulillah prosedur berjalan lancar. Doktor memasang stent pada bahagian utama arteri disebabkan tersumbat.

"Dia kini masih di hospital untuk pemantauan dan akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat," katanya.

Sheila berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Ahad berserta beberapa keping gambar Acis menerima rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Noniswara hilang tempat mengadu, macam-macam fitnah timbul selepas pemergian suami

AERTIKEL BERKAITAN: Pelakon dan pengarah Majed Saleh meninggal dunia

Dia juga memaklumkan suaminya itu dimasukkan ke IJN pada Isnin lalu selepas mengadu tidak sihat sehari sebelumnya

"Dia mengalami sakit dada dan sukar untuk bernafas. Selepas menjalani pemeriksaan doktor mendapat ada masalah pada jantung," ujarnya.

Dalam perkongsian sama, Sheila turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan suaminya itu.

Untuk info, Angiografi adalah salah satu dari prosedur radiologi untuk mengkaji saluran darah di dalam arteri atau vena.

Manakala, Angioplasti koronari adalah prosedur yang digunakan untuk membuka saluran darah atau arteri jantung yang sempit atau tersumbat.

Doktor membuat pemasangan 'stent' pada arteri utama selain meletakkan dua belon di bahagian lain arteri yang tersumbat dalam jantung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain