suria

Sudah hampir setahun putus tunang, Taufiq Hanafi kini rapat dengan personaliti TV Anim Ezati

Taufiq akui mula rapat dengan Anim sejak beberapa bulan lalu.

PELAKON Taufiq Hanafi mendedahkan hubungan dengan bekas tunang iaitu Farah Azrina sudah berakhir sejak awal tahun ini.

Tidak pernah menceritakan tentang perkara itu kepada umum, kata Taufiq atau Mohamad Taufiq Mohd Hanafi, 32, hubungan mereka berakhir secara baik dan dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga.

"Saya pun tak ingat tarikh kami putus, tapi saya boleh katakan awal tahun ini. Perkara dah berlalu saya pun tak mahu ingat lagi.

"Hubungan kami berakhir secara baik dan dipersetujui oleh keluarga. Saya tidak bercerita kepada orang sebab itu bukanlah perkara baik, cuma jika ada yang bertanya saya akan beritahu," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

taufiq hanafi 2

Ikatan pertunangan Taufiq dan Farah sudah berakhir.

Untuk rekod Taufiq dan Farah melangsungkan majlis pertunangan pada 20 Februari tahun lalu.

Sementara itu, Taufiq memberitahu dia kini sudah menemui pengganti dan sedang menyulam cinta bersama personaliti TV, Anim Ezati, 31 tahun.

Mula rapat sejak beberapa bulan lalu, kata Taufiq teman wanitanya itu juga bukan punca hubungan dengan bekas tunang berakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki ‘darah manis’ Taufiq Hanafi, bakal muncul dalam 2 filem tahun depan

ARTIKEL BERKAITAN: Taufiq Hanafi minta dicabar bawa watak berbeza, tak mahu stereotype sebagai pelakon aksi

"Saya kenal Anim dah lama sebab dia adalah rakan kepada adik saya. Cuma baru tahun ini kami rapat. Saya pun tak ingat tarikh kami mula bercinta... Maklumlah lelaki memang tak ingat tarikh.

"Namun Anim bukanlah punca saya putus tunang. Dia pun tahu tentang hubungan saya sebelum ini," ujarnya.

Tambah pelakon filem Malbatt Misi Bakara ini, mereka tidak merancang untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam masa terdekat.

taufiq hanafi 3

Taufiq dan Anim rapat sejak beberapa bulan lalu.

Taufiq juga mengharapkan hubungan kali ini akan berjalan lancar dan menjadi kisah kegagalan dalam hubungan sebelum ini sebagai satu pengajaran untuk menjadi lebih baik.

"Anim merupakan seorang ibu tunggal. Apa yang berlaku dalam hubungan kami sebelum ini adalah satu pengajaran. Tuhan mahu kami belajar untuk menjadi lebih baik.

"Buat masa sekarang kami tidak merancang lagi untuk bernikah dalam masa terdekat. Biarlah kami selesa dan stabil dahulu dalam hubungan ini," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain