suria

Khairul Aming tepati ramalan, bawa pulang trofi ‘Creator of the Year’ Anugerah TikTok Malaysia 2023

Khairul Aming pemenang trofi Creator of the Year Anugerah TikTok Malaysia 2023.

BAGAI menepati ramalan, personaliti media sosial Khairul Amin muncul sebagai penerima trofi Creator of the Year pada Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang berlangsung pada malam Ahad.

Kemenangan tersebut sudah dijangka sebelum ini selepas Khairul atau Khairul Amin Kamarulzaman, 31, mendapat undian mencecah sejuta sepanjang tempoh mengundi yang ditutup pada 26 Ogos lalu.

Tidak hanya dikenali sebagai personaliti yang popular menerusi kandungan masakan, Khairul juga merupakan seorang usahawan produk makanan yang berjaya.

Khairul dalam ucapannya mendedikasikan trofi kemenangannya itu kepada Allahyarham bapanya, Kamarulzaman Hussin yang meninggal dunia pada Mac 2020.

kaming

Khairul mendedikasikan kemenangannya buat Allahyarham bapanya, Kamarulzaman Hussin.

"Terima kasih kepada mak, arwah ayah dan pasukan Sambal Nyet. Kalau ayah dapat tengok saya terima anugerah ini mesti dia bangga sebab sudah lapan tahun saya bekerja keras.

"Pencipta kandungan ini bukan sekadar tular sahaja tapi perlu ada adab dan kebolehan menyelesaikan masalah," katanya.

Sementara itu, pelakon Aeril Zafrel pula muncul sebagai penerima anugerah kategori Celebrity of the Year manakala Ryan Bakery membawa pulang trofi Popular Creator of the Year.

ARTIKEL BERKAITAN: 13 kategori Anugerah TikTok Malaysia 2023 dipertandingkan... Khairul Aming, Boss James antara calon ‘Creator of the Year’

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wanita tak pandai masak boleh ‘pinang’ Khairul Aming, sanggup ajar bakal isteri masuk dapur... “Tiba masa nanti saya umum”

Rising Star of the Year pula milik Ikhmal Nour dan TikTok Shop Creator of the Year pula dimenangi oleh Anas Zahrin.

Dua lagi kategori dipertandingkan menerusi People Choice adalah Popular Animation Account of the Year (Upin Ipin) dan Live Creator of the Year (Tiger Labu).

Sebanyak 13 kategori dipertandingkan pada edisi sulung Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang mana enam daripanya adalah Judge's Pick.

Ryan Bakery

Ryan Bakery pemenang Popular Creator of the Year.

Anugerah TikTok Malaysia 2023 berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Acara itu diadakan bagi mengangkat personaliti media sosial di aplikasi TikTok yang tampil dengan kandungan tersendiri.

Anugerah ini dikendalikan oleh gabungan hos Izzue Islam, Amelia Henderson dan Sherry Alhadad.

Antara artis yang membuat persembahan adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Shiha Zikir, Kaka Azraff, Alyph, Marsha Milan dan Ernie Zakri.

Berikut adalah senarai pemenang Judge's Pick;

1. Best of Beauty & Fashion - Shahira

2. Best of Education - Sir Asai

3. Best of Entertainment - Eiqa Maleq

4. Best of Foodie - Syifa Jamil

5. Best of Gaming - Sultan Riq

6. Best of Sports - Khalish

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain