suria

[V] Wanita tak pandai masak boleh ‘pinang’ Khairul Aming, sanggup ajar bakal isteri masuk dapur... “Tiba masa nanti saya umum”

SERING dijadikan rujukan dalam dunia masakan, pempengaruh media sosial Khairul Aming berkongsi dia tidak pernah meletakkan syarat mencari calon isteri yang pandai memasak.

Amin atau Khairul Amin Kamarulzaman, 31, sebaliknya berkata, dia terbuka menggalas tanggungjawab di dapur memandangkan kemahiran yang dimiliki dalam bidang masakan yang sudah diasah sejak kecil.

"Jadi untunglah dia (bakal isteri) tak perlu masak... biar saya yang ke dapur. Sejak kecil saya memang suka memasak, tiada masalah.

"Sampai kadang-kadang dekat rumah, mak saya tak masak... Saya yang masak! Saya tidaklah sampai nak 'interview' pasangan tanya pandai masak atau tidak... Benda boleh belajar.

amin2 - 1

Amin terbuka untuk menerima wanita yang tidak pandai memasak.

"Kalau saya boleh kongsi video ajar orang memasak, jadi dia (bakal isteri) pun boleh belajar juga, tiada masalah," katanya kepada mStar.

Amin berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Anugerah TikTok 2023 yang diadakan di The Godown Arts Centre, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Amin menjelaskan dia masih solo dan belum bersedia mengakhiri zaman bujang disebabkan sibuk menguruskan karier sebagai content creator dan perniagaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Video mesra Khairulaming dengan wanita tersebar, ramai 'broken' terlepas peluang... Baju raya sedondon warna biru bikin peminat haru!

ARTIKEL BERKAITAN: 13 kategori Anugerah TikTok Malaysia 2023 dipertandingkan... Khairul Aming, Boss James antara calon 'Creator of the Year'

Kata Amin, dia mahu memberi fokus terhadap karier terlebih dahulu namun tidak akan merahsiakan daripada umum sekiranya dia mahu mendirikan rumah tangga.

"Buat masa ini saya rasa belum bersedia lagi untuk mencari pasangan kerana saya sebenarnya masih penat untuk menyeimbangkan tentang dunia content creator dan urusan perniagaan.

Saya tidaklah sampai nak 'interview' pasangan tanya pandai masak atau tidak... Benda boleh belajar.

KHAIRUL AMING

PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL

"Saya baru tiga tahun berniaga... ada dua kilang untuk dijaga. Buat masa sekarang saya fokus kepada kerjaya terlebih dahulu... apabila sudah tiba masanya nanti saya umumkan bila nak makan nasi minyak (kahwin).

"Status saya sekarang masih single tetapi belum available. Saya pasti umumkan berita gembira (perkahwinan) kepada orang ramai kerana kalau tak umum nanti boleh jadi fitnah," jelasnya.

Sementara itu, Amin sempat menasihatkan kepada content creator di luar sana untuk tidak terlalu berkongsi kisah peribadi mereka secara umum.

AMIN3 - 1

Khairul Aming kini sibuk menguruskan perniagaan.

Bagi Amin sendiri, dia meletakkan batasan untuk bercerita tentang kehidupan peribadi kerana tidak mahu privasinya terganggu.

"Saya tidaklah berkongsi kesemua kisah peribadi kerana saya meletakkan batas untuk menyimpan kehidupan peribadi bersama keluarga.

"Pada saya privasi itu penting... kerana kadang-kadang ramai yang lupa tentang perkara (menjaga privasi) ini selepas tampil dalam media sosial sehinggakan privasi kita hilang," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Amin teruja kerana dicalonkan dalam Anugerah TikTok Awards 2023 yang akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini.

amin1 - 1

Amin teruja dicalonkan dalam Anugerah TikTok Malaysia 2023.

Bakal bersaing dengan lima lagi pencalonan lain termasuk Boss James, Ceddy Ang dan Auntie Purple, Amin mengakui kesemua calon mempunyai kelebihan masing-masing dan menyifatkan ia merupakan satu saingan sengit.

"Alhamdulillah, saya sangat teruja dan gembira apabila tercalon untuk kategori Creator of The Year untuk anugerah ini.

"Saya sudah membuat content memasak selama lapan tahun dan ini pertama kali tercalon untuk anugerah yang mengiktiraf content creator.

"Daripada persaingan pula saya akui semua calon memang hebat-hebat belaka... Saya sudah mula ingin berkempen untuk memancing undian," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain