suria

Baju tanpa lengan undang kecaman, netizen ‘sekolahkan’ Diana Danielle tentang tempoh edah

Perkongsian gambar Diana mengundang kecaman ramai.

PERKONGSIAN terbaharu pelakon Diana Danielle di Instagram miliknya pada Selasa mengundang kecaman banyak pihak kerana dikatakan tidak menghormati tempoh edah yang sedang dijalani selepas sah bercerai dengan Farid Kamil pada 10 Ogos lalu.

Pengikut mempersoalkan tindakan Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, yang dilihat keluar rumah selain mempersoalkan cara pemakaiannnya yang tampil dengan gaun tanpa lengan.

Netizen menganggap Diana tidak sepatutnya berpakaian sedemikian apatah lagi keluar ke tempat awam tanpa tujuan tertentu dalam tempoh edah.

diana danielle 2

Netizen turut berkongsi nasihat buat Diana.

"Jangan ambil mudah tentang tempoh edah. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

"Orang perempuan (selepas bercerai) kena jaga tempoh edah. Akhir zaman, wanita tak rasa malu lagi bila diceraikan.

"Kalau tengok gambar sampai habis pun memang tidak menjaga edah. Tak kisah dia nak keluar dengan rakan sekali pun, keluar berhias sudah salah," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Farid Kamil dan Diana Danielle sah cerai talak satu, lafaz secara online

ARTIKEL BERKAITAN: Farid sudah usaha pertahan rumah tangga, anak-anak jadi fokus Diana selepas cerai

Reaksi netizen itu diberikan dalam gambar yang dimuat naik oleh Diana di laman Instagarm miliknya pada Selasa.

Pada ruangan kapsyen Diana juga mengundang tanda tanya ramai apabila seolah-olah memberi gambaran sedang keluar berpacaran sedangkan dia bersama rakan-rakan wanita.

Foto Diana yang dilihat sedang cuba memaut tangan seseorang juga dikatakan hanya berseloroh dan ia sebenarnya milik salah seorang rakan wanitanya.

diana danielle 3

Farid dan Diana sah bercerai talak satu pada 10 Ogos.

Sementara itu, ada juga yang turut berkongsi nasihat dan pandangan seseorang wanita itu dibenarkan untuk keluar mencari rezeki walau dalam tempoh edah.

Bagaimanapun tidak kurang juga mempersoalkan adakah Diana telah mendapat izin Farid untuk keluar rumah.

Pada 10 Ogos lalu Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, melefazkan cerai talak satu terhadap dia secara atas talian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain