suria

Diekori lelaki warga asing, Mek Yun menyesal tak buat laporan polis

Mek Yun sebelum ini diekori lelaki yang tidak dikenali.

PEMPENGARUH media sosial Mek Yun menyesal tidak membuat laporan polis susulan berdepan cetik cemas diekori seorang lelaki warga asing tidak dikenali baru-baru ini.

Mek Yun atau Wee Yun Nee berkata, dia tidak sempat melaporkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan di pusat beli-belah lokasi kejadian itu berlaku selepas lelaki berkenaan berjaya melarikan diri.

Bagaimanapun personaliti asal Kelantan itu bersyukur kerana dia dan ibunya berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Silap saya sebab tak buat laporan polis selepas kejadian itu kerana saya tak sempat mencari pengawal keselamatan ditempat itu... Lelaki itu pun berjaya larikan diri.

mekyun1 - 1

Mek Yun menasihati kaum wanita untuk lebih berhati-hati.

"Tapi saya sykur sebab tidak ada apa-apa yang berlaku pada saya dan ibu... Saya pun tak pasti lelaki itu berada di mana," katanya kepada mStar.

Mek Yun berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Anugerah TikTok 2023 yang diadakan di The Godown Arts Centre, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Mek Yun menasihatkan kepada golongan wanita untuk lebih berhati-hati dan tidak berjalan seorang diri ketika berada di tempat sunyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mek Yun panik, seram diekori lelaki warga asing... Berani ikut rapat masuk semua kedai, nampak kamera terus lari!

ARTIKEL BERKAITAN: 13 kategori Anugerah TikTok Malaysia 2023 dipertandingkan... Khairul Aming, Boss James antara calon 'Creator of the Year'

"Saya harap wanita di luar sana sekiranya berdepan dengan situasi sama, jangan panik dan jangan berjalan seorang diri.

"Jangan jalan seorang diri di kawasan tempat letak kereta yang sunyi... Paling penting cari bantuan paling dekat atau panggil pengawal keselamatan untuk dapatkan bantuan," ujarnya.

Sementara itu, Mek Yun meluahkan rasa teruja dengan penganjuran Anugerah TikTok 2023 yang buat julung kalinya diadakan di Malaysia.

Silap saya kerana saya tidak membuat laporan polis selepas kejadian itu. Lelaki berkenaan sempat melarikan diri.

MEK YUN

PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL

Biarpun tak tercalon, sebagai content creator Mek Yun tetap memberi sokongan dan bangga dengan pencapaian diraih rakan seperjuangan menerusi platform berkenaan.

Tambahnya, dia memilih Khairul Aming atau Khairul Amin Kamarulzaman, 31, sebagai calon pemenang bagi meraih kategori Creator of The Year.

"Saya rasa dengan penganjuran anugerah ini, kami sebagai content creator rasa dihargai. Walaupun saya tidak tetapi saya bangga melihat kejayaan content creator di luar sana.

mekyun2 - 1

Mek Yun teruja dengan penganjuran Anugerah TikTok Malaysia 2023.

"Saya pilih Khairulaming kerana saya memang minat dia... sebab pertama sebab dia orang Kelantan juga (ketawa).

"Saya rasa content yang Khairul Aming buat memang sangat menarik dengan perkongsian pelbagai jenis resepi... saya memang minat Aming dan Ryan Bakery kerana dia menghiburkan," katanya.

Malam kemuncak Anugerah TikTok Malaysia 2023 bakal berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini.

Sebanyak 13 kategori dipertandingkan yang mana tujuh daripadanya adalah berdasarkan undian peminat manakal enam lagi Judge's Choice (Pilihan Juri).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain