suria

Penyanyi lagu ‘Mudahnya Kau Berubah’ tak hilang, Yazid Izaham sudah ada kerja tetap

Yazid akui masih terima undangan untuk melakukan persembahan.

SEJAK mengikat tali pertunangan dengan Youtuber Farisya Azman pada 19 Ogos lalu, nama penyanyi Yazid Izaham kembali menjadi sebutan selepas ramai tertanya-tanya mengenai kehilangannya daripada radar dunia seni sebelum ini.

Yazid, 25, menjelaskan dia tidak pernah menghilang daripada bidang nyanyian sebaliknya kini sibuk dengan pekerjaan tetap dimilikinya membuatkan aktiviti seni terbatas.

"Saya sebenarnya tak menganggap bidang nyanyian sebagai kerjaya sepenuh masa... Saya sebenarnya ada kerja tetap.

"Habis sahaja belajar pada penghujung 2020, saya terus bekerja sebagai juruteknik tetapi sekarang saya sudah menukar bidang... Saya bekerja di sebuah bank pula.

Snapinsta.app_54457932_2253842621602699_713150248869717007_n_1080

Yazid kurang bersedia untuk jadikan nynyian sebagai kerjaya sepenuh masa.

"Sejak awal menceburi dalam bidang nyanyian saya memang nak jadikan ia sebagai karier separuh masa sahaja," katanya kepada mStar.

Yazid yang pernah popular menerusi lagu Mudahnya Kau Berubah memberitahu kurang persediaan sebagai penyanyi membuatkan dia tidak mahu terlalu fokus kepada bidang nyanyian.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam diam-diam Yazid Izaham bertunang dengan YouTuber Farisya... “Kami memang rahsiakan hubungan”

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu orang tak pandang pun, kini ramai gadis 'himpit' Yazid Izaham

Bagaimanapun kata Yazid, dia tidak menolak jika suatu hari nanti nyanyian akan menjadi karier sepenuh masanya suatu hari nanti.

"Bagi saya banyak perkara untuk saya belajar dan bersedia terutama dari segi vokal sekiranya ingin menjadikan nyanyian sebagai kerjaya sepenuh masa," luahnya.

Dia yang mula menujukkan bakat sejak usia 19 tahun turut memaklumkan masih lagi menerima panggilan membuat persembahan meskipun sudah tidak serancak sebelum pandemik.

Snapinsta.app_308888764_406232134919061_1884381961622643290_n_1080

Masih mencari lagu baharu yang sesuai buat dirinya.

Jelasnya, dia mempunyai perancangan untuk mengeluarkan lagu baharu namun masih belum berjumpa dengan karya sesuai dengannya.

"Saya masih lagi dipanggil untuk lakukan persembahan walaupun sudah tidak keluarkan lagu baharu cuma sudah tak banyak seperti sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

"Tak banyak tapi masih ada... Buat masa sekarang nak kata lagu baru itu dah rakam tapi masih belum ada tarikh sesuai lagi untuk dilancarkan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain