suria

Berjaya tambat hati Simon Cowell, Cakra Khan tak lupa peminat Malaysia... Konsert 17 September di Zepp KL

Cakra ubati kerinduan peminat di Malaysia pada 17 September ini.

SELEPAS berjaya menambat hati juri pada sesi uji bakat program America's Got Talent 2023 (AGT2023), penyanyi Cakra Khan tidak melupakan peminat di Malaysia yang sentiasa menyokong karier seninya.

Penyanyi asal Indonesia ini bakal bertandang ke negara ini bagi menghiburkan peminat menerusi konsert Cakra Khan Live in Kuala Lumpur yang tersenarai sebagai salah satu persembahan menerusi Dream Festival Collaboration Vol. 4.

Pengarah projek Dream Festival, Rama Ananda Ambri berkata, Cakra bakal menjanjikan konsert luar biasa buat peminat di Malaysia.

Cakra bakal bertemu peminat Malaysia September ini.

Tidak hanya itu, Cakra bakal menampilkan penyanyi undangan yang masih dirahsiakan identitinya buat masa ini.

"Kemunculan Cakra bersama penyanyi undangan misteri itu bakal menghangatkan lagi siri Dream Festival Collaboration Vol. 4 sekali gus membawa penonton merentasi magis perjalanan hiburan yang tidak terlupakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cakra Khan dapat 4 ‘yes’, mahu bina rumah perlindungan haiwan jika menang America's Got Talent

ARTIKEL BERKAITAN: Cakra Khan mohon doa peminat, sertai program America's Got Talent

"Sebagai penyanyi Cakra dilihat sebagai sosok sangat berbakat dan memiliki karisma tersendiri setiap kali beraksi di pentas.

"Dikenali dengan kehebatan vokal dan aksinya yang penuh energetik, kami yakin kemunculan terbaharu Cakra pasti memberikan kepuasan kepada penggemarnya," katanya.

Konsert itu bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 September 2023 dengan harga tiket bermula RM178 sehingga RM5,800.

Tiket boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain