suria

Berpeluk dengan pemuda atas skuter elektrik, netizen tampil pertahan Masya Masyitah - “Itu adik dia”

Gambar Masya bersama seorang pemuda menarik perhatian.

SEJAK kebelakangan ini, nama penyanyi Masya Masyitah sering dihimpit kontroversi berhubung pilihan fesyen yang dikatakan tidak sesuai dengan wanita berhijab.

Bagaimanapun penyanyi berusia 23 tahun ini mengejutkan peminat apabila tampil tidak bertudung selain menampilkan imej seksi yang mengundang kecaman netizen.

Belum reda isu buka tudung, pemilik nama sebenar Siti Nurmasyitah Mohd Yusof itu memuat naik pula foto sedang memeluk erat seorang pemuda sambil menunggang skuter elektrik.

Masya 2

Sejak kebelakangan ini nama Masya sering menjadi perhatian peminat.

Tidak hanya itu, Masya juga tampil dengan fesyen jalanan berwarna hijau yang dipadankan dengan seluar pendek mendedahkan bahagian betisnya.

Masya menerusi kapsyen foto itu menulis orang tidak mengenali tentang dirinya yang baru dan dia menampilkan dengan cara berbeza.

Menjengah ke ruang komen, ramai berteka-teki berhubung jejaka disampingnya sehingga ada mendakwa penyanyi itu sudah mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya juga berhak beri komen” - Nabila Huda tiada niat persenda Masya Masyitah

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas lepas tudung, Masya Masyitah tayang bulu kaki pula - “Tolong cukur dulu!”

Malah mereka yakin, pemuda di dalam foto bersamanya itu adalah suaminya.

Bagaimanapun, ada dalam kalangan peminat Masya menyangkal tuduhan itu dan menjelaskan pemuda berbaju belang hitam putih itu adalah adik penyanyi berkenaan.

"Ini ke suami dia yang orang kata tu? Ke ini adik dia?

Masya

Komen netizen di Instagram Masya.

"Rasanya adik-beradik ni, tapi makin berani ya dia (Masya) ini. Makin dikecam makin rancak dia berkongsi. Semoga dia berubah.

"Itu bukan suami dialah. Itu adik lelakinya. Kalau ya pun tidak suka, jangan sampai fitnah," komen pengikutnya di Instagram.

Pada 30 Julai lalu, Masya tampil cantik bagaikan patung Barbie namun tidak lagi mengenakan hijab sehingga mengejutkan peminatnya.

Sebelum ini, Masya pernah menerima kecaman dan kritikan daripada netizen kerana tampil berani dengan fesyen pelik dan berkongsi di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain