suria

Selamba Fatin Afeefa tunjuk duit ikat pakai getah, netizen bimbang jadi sasaran peragut 

Fatin Afeefa menunjukkan wang miliknya yang diikat menggunakan getah.

GELAGAT pelakon Fatin Afeefa ketika beg tangan jenama Chanel miliknya diselongkar oleh seorang individu menjadi tumpuan ramai apabila dia membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak.

Pelakon berusia 29 tahun itu sebelum itu berkongsi barang yang dibawa dalam beg tangannya seperti ubat-ubatan, resit dan pin tudung yang kelihatan biasa bagi golongan wanita.

Namun wang tunai yang dibawa bukan sahaja mencuri perhatian tetapi ia hanya diikat menggunakan getah.

"Saya tak ada dompet, semua duit saya ikat dengan getah.

FA 4

Jam tangan yang dipakai turut menjadi perhatian.

"Ulang tahun kelahiran saya bulan tujuh, kalau nak hadiah boleh beri dompet," katanya menerusi video tersebut yang dimuat naik di Instagram.

Sementara itu, Fatin sempat menunjukkan cincin perkahwinan dan jam tangan mewah miliknya namun enggan mendedahkan harganya kepada umum.

Sebaliknya pelakon itu yakin netizen dapat membuat carian di Google untuk mengetahui nilainya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fatin Afeefa lembut hati benarkan Adam Shahz jumpa anak, buat pindaan tuntutan kerana enggan bertengkar

ARTIKEL BERKAITAN: Padam gambar bersama suami di media sosial, Fatin Afeefa kongsi foto bertudung

"Jam boleh Google, jangan rompak saya!," katanya lagi.

Ditanya mengenai penampilan baharunya yang sudah mengenakan hijab, Fatin bagaimanapun enggan bercakap mengenai perubahan tersebut.

Menjengah ke ruang komen, peminat meluahkan rasa bimbang sekiranya pelakon itu menjadi sasaran penjenayah selepas mendedahkan isi kandungan beg tangannya kepada umum.

FA3

Peminat meluahkan rasa bimbang apabila Fatin membawa wang tunai yang banyak dalam beg tangannya.

"Bahaya Fatin pakai beg macam itu, bila-bila masa orang boleh rentap. Mesti jadi mata-mata kaki ragut nanti.

"Hati-hati Fatin, duit tunai banyak sangat tu. Orang tahu dia berduit," komen netizen.

Bagaimanapun, di sebalik kebimbangan peminat, ada juga meluahkan rasa gembira dengan perubahan imejnya dan memuji kejelitaan Fatin sejak menutup aurat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain