suria

Selepas lepas tudung, Masya Masyitah tayang bulu kaki pula - “Tolong cukur dulu!”

Bulu kaki Masya jadi bidaan pengikut Instagram.

SELEPAS bertindak melepaskan tudung, penyanyi Masya Masyitah sekali lagi mencuri tumpuan ramai menerusi perkongsian foto terbaharu di Instagram miliknya pada Selasa.

Menerusi perkongsian terbaharu Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusof, 23, memaparkan beberapa foto dirinya yang sedang duduk bersila di atas lantai.

Namun bulu kakinya pula menjadi perhatian kerana dilihat tebal dan tidak dicukur.

masya 2

Penampilan baharu Masya jadi bualan.

Meskipun mengenakan seluar panjang namun bahagian betis Masya sedikit terdedah membuatkan bulu kakinya jelas kelihatan.

Tidak hanya itu, netizen juga menegur dirinya yang semakin berani menayang bahagian perut dan pusat dengan pakaian pendek.

"Ada dua cara untuk gembira, ubah situasi atau ubah fikiran mengenai perkara itu," tulisnya pada bahagian kapsyen foto tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Real ke ni? Macam Barbie”... Netizen terkejut Masya Masyitah tanggal tudung, kongsi foto ‘free hair’

ARTIKEL BERKAITAN: Masya Masyitah belum serik, kali ini pakai stoking jarang nampak paha

Dalam pada itu, menerusi ruang komen netizen belum berputus asa menegur penampilannya selain berharap penyanyi itu kembali berfikir keputusannya membuka aurat.

Ada pula dalam kalangan pengikutnya yang meminta agar dia tampil dengan gaya lebih baik sekiranya tidak mahu memakai tudung agar imejnya kelihatan lebih sofisikated dan anggun.

"Kalau bertudung dan menutup auratkan cantik, taklah orang kira bulu kaki tu.

msya 1

Antara komen netizen yang ditinggalkan di Instagram Masya.

"Tolong cukur bulu kaki itu dulu kalau nak tayang.

"Kita semua diuji tapi dia terus tayang pusat sama bulu kaki," komen netizen.

Pada Ahad lalu, Masya tampil cantik memakai baju berona merah jambu tanpa memakai tudung mengejut peminatnya.

Sebelum ini, Masya pernah menerima kecaman dan kritikan daripada netizen kerana tampil berani dengan fesyen pelik dan berkongsi di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain