suria

Untungnya Tash Yong dilayan Boss Kay bak puteri, bangun tidur makanan dah terhidang

Tash bahagia bersama Boss Kay.

GENAP tiga bulan bergelar isteri, pelakon Tash Yong mengakui kehidupannya kini lebih sempurna selepas mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial dikenali Boss Kay atau Azlee Abdul Aziz.

Tash Yong atau nama sebenarnya Nur Natasha Shazila Rosli, 33, berkata dia bahagia melalui fasa perkahwinan itu serta bersyukur dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab dan romantik.

Malah, sepanjang tiga bulan berkahwin, dia tidak pernah masuk ke dapur bagi menyediakan makanan kerana semuanya telah disediakan oleh si suami.

tash1 - 1

Tash bersyukur dikurniakan suami yang memahami.

"Alhamdulillah, selepas berkahwin kehidupan saya lebih tenang, bahagia dan saya rasa seperti satu dunia baru.

"Suami sangat memahami kerjaya saya. Daripada segi makan, dia yang sediakan. Itu yang dia suruh saya cuti masak selama setahun.

"Ingatkan dia bergurau, tetapi memang betul sampai sekarang saya bangun sahaja daripada tidur, memang makanan sudah tersedia," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Boss Kay terpaksa ‘block’ WhatsApp anak sebab bekas isteri salahguna nombor, berterusan sebar fitnah... "Jangan malukan keturunan untuk raih simpati"

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Akibat fitnah dan campur tangan, Tash Yong & Boss Kay buat keputusan nikah luar negara April lalu

Bukan itu, Tash Yong juga mendedahkan Boss Kay seorang yang penyayang dan tidak sanggup melihat dirinya sakit.

Ini terbukti apabila suami sentiasa berada di sisi menjaganya semasa dia tidak sihat baru-baru ini.

Alhamdulillah, selepas berkahwin kehidupan saya lebih tenang, bahagia dan saya rasa seperti satu dunia baru.

TASH YONG

PELAKON

"Sebelum ini kami ke Phuket, kaki saya terseliuh. Dialah yang menjaga saya, cari ubat, balutkan kaki.

"Kalau saya kena gastrik pun, dia berlari cari ubat... Saya rasa dia dah macam jururawat pula," ujarnya.

Meskipun menerima pelbagai kecaman kononnya menjadi punca keretakan rumah tangga Boss Kay dan bekas isteri sebelum ini, Tash Yong berkata dia tidak ambil peduli mengenai perkara itu.

Ini kerana dia benar-benar yakin Boss Kay merupakan jodoh terbaik buatnya selepas dia melakukan solat istikharah bagi mendapatkan petunjuk daripada Allah adakah betul keputusannya untuk berkahwin dengan pemuda itu.

"Pada awalnya, saya tidak meletakkan harapan kerana saya tahu dia sudah beristeri. Saya hanya salah seorang pelajar dalam kelas pemasarannya tapi Allah beri satu perkara yang lain.

tash2 - 1

Tash bahagia dengan kehidupan berumah tangga.

"Sebelum itu pun saya sudah buat keputusan untuk membencinya kerana dia suami orang. Perkara ini melibatkan perasaan jadi saya segera buat solat istikharah," jelas Tash Yong menceritakan hatinya terbuka menerima Boss Kay selepas solat itu.

Bercakap mengenai perancangan cahaya mata, Tash Yong berkata dia dah suami berhasrat menimang anak pada tahun depan.

Kata Tash Yong, dia menginginkan sepasang cahaya mata.

"InsyaAllah kami merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun depan, cumanya tahun ini saya nak betul-betul fokus kerja.

"Kalau diberikan rezeki, cukuplah sekadar dua atau tiga orang anak sebab mendengarkan perkongsian daripada rakan-rakan, saya rasa takut pula nak rasa sakit bersalin," jawabnya sambil tertawa.

Perkongsian Tash Yong ini sekali gus menepis tuduhan kononnya suaminya lelaki yang tidak bertanggjawab.

tash3 - 1

Boss Kay dan Tash bernikah Mei lalu.

Untuk info, Tash mendirikan rumah tangga dengan Boss Kay pada 8 April lalu.

Sebelum ini, Boss Kay pernah berkahwin dengan Nooraini dan Norsufia Johari, namun menceraikan kedua-duanya pada Mac 2023.

Hasil dua perkahwinan itu, Boss Kay dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain