suria

Kasihan Fatima tiada kawan, Fazura menanti rezeki cahaya mata kedua

Fazura tidak tolak rezeki timang anak kedua.

PELAKON Nur Fazura berkata dia dan suami iaitu Fattah Amin sentiasa bersedia untuk menimang cahaya mata kedua.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, bagaimanapun berkata kesibukan kerja mungkin menjadi kekangan memandangkan dia bakal terlibat dalam sebuah drama bersiri tidak lama lagi.

Namun Fazura memberitahu dia sama sekali tidak menolak seandainya ditakdirkan hamil dalam masa terdekat.

fazura1 - 1

Fazura dan Fattah terima seandainya dikurniakan anak kedua bila-bila masa.

"Sebenarnya soalan tentang zuriat ini agak peribadi buat saya. Rezeki Allah itu sudah tentu saya tidak akan tolak, saya memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua.

"Cumanya sekarang ini saya sedang menjalani penggambaran filem yang tidak boleh saya cerita dengan lebih lanjut... InsyaAllah bulan Ogos ini saya akan buat comeback dengan drama siri.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fazura sudah sedia timang cahaya mata kedua... impi miliki anak lelaki pula

ARTIKEL BERKAITAN: Letih asyik dapat watak rebut lelaki, Fazura buka syarikat produksi sendiri

"Kalau ada rezeki kami terima. Sekarang ini saya hanya teruskan kehidupan seperti biasa... ada rezeki InsyaAllah," katanya kepada pemberita.

Fazura berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran program televisyen Innovathon yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Fazura mengakui kasihan melihat anak sulungnya iaitu Nur Fatima Aisya yang keseorangan dan mahu berkawan.

Kalau ada rezeki kami terima. Sekarang ini saya hanya teruskan kehidupan seperti biasa... ada rezeki InsyaAllah.

FAZURA

PELAKON

Justeru itu, dia memohon orang ramai untuk terus mendoakan agar mereka segera dikurniakan cahaya mata kedua.

"Saya lihat Fatima pun kasihan dia seorang diri sekarang. Dia selalu cakap nak pergi rumah sepupu sebab nak berkawan.

"Doakan kami ya... InsyaAllah kalau ada rezeki, kami tidak tolak," ujarnya.

Ditanya adakah dia akan berkongsi berita kehamilan keduanya kelak, Fazura memaklumkan dia akan mengambil langkah yang sama seperti mana kandungan pertamanya tiga tahun lalu.

Pelakon filem Gol & Gincu ini juga memberitahu dia sedia berkongsi wajah anak apabila tiba waktu sesuai bagi menghargai peminat yang telah mendoakan mereka.

"Macam semua orang tahu, masa Fatima dulu saya hanya berkongsi wajah anak selepas tiga atau empat bulan selepas bersalin.

"Jadi, mungkin kalau anak kedua nanti saya tetap akan melakukan perkara yang sama. Tidaklah sampai tunggu masa yang lama sangat untuk berkongsi.

"Saya mahu berkongsi dengan orang ramai yang sudah mendoakan kami. Bila orang doakan kita, kita kena hargai dan berterima kasih," katanya.

Menerusi temu bual bersama media sebelum ini, Fazura memberitahu dia sudah bersedia untuk hamil cahaya mata kedua.

Pada awalnya dia merancang untuk menimang anak kedua pada Disember tahun ini, namun terpaksa menimbangkan semula hasrat itu kerana terikat dengan jadual kerja yang agak padat.

Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

fazura2 - 1

Fazura mohon doa yang baik-baik.

Dalam perkembangan lain, Fazura bakal muncul sebagai juri dalam sebuah program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu Innovathon.

Program ini akan ditayangkan setiap hari Sabtu bermula 15 Julai 2021, pukul 9 malam di Astro Ria.

Manakala program ini akan bersiaran menerusi saluran-saluran vernakular yang lain termasuk Astro Showcase, Astro Vinmeen dan Astro AEC dua minggu sejurus sahaja tayangan perdana di Astro Ria.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain