suria

[V] Shuib tak boleh berdiam selepas anak-anak tanya, tuduhan rancang bunuh Siti Sarah melampau

PERTANYAAN daripada anak-anak membuatkan pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib nekad untuk mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya dan keluarga.

Menurut Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, pada awalnya dia enggan melayan fitnah kononnya dia terlibat dengan organisasi Freemason, namun mentalnya terganggu apabila nama arwah isteri iaitu Siti Sarah Raisuddin turut dikaitkan dalam perkara itu.

"Anak saya mula bertanya mengenai kematian ibu mereka, itu yang saya rasa melampau. Saya tak tahu nak jawab apa dekat mereka.

356383869_2462419117244177_5929987166027288909_n

Anak-anak mula bertanya buat Shuib ambil tindakan.

"Mereka lurus... apa yang mereka nampak dan dengar itulah yang akan mereka cakap.

"Dituduh ahli Freemason saya tak layan tapi bila saya baca lagi ada sebut nama arwah Siti Sarah buatkan saya tak boleh diamkan diri lagi. Dia tuduh saya bunuh isteri saya," katanya.

Shuib berkongsi perkara itu dalam satu sesi sidang media yang diadakan di Kafe Bubblee Bee, Bandar Sri Permaisuri Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib akhirnya bersemuka, berpelukan dengan pemfitnah... Bakal ambil tindakan terhadap seorang lagi individu

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib bakal bersemuka individu tuduh terlibat Freemason, cari seorang lagi pengguna media sosial... peguam akan ambil tindakan

Dalam sidang media itu, Shuib bertentang mata dengan salah seorang daripada dua individu penyebar fitnah iaitu Zuhairi Othman yang menuduhnya sebagai ahli organisasi Freemason.

Mengulas mengenai foto tular memaparkan dirinya bersama isteri, Watie menutup sebelah mata semasa mempromosikan barang kemas, Shuib menjelaskan aksi tersebut dilakukan secara spontan dan tidak menyedari akan menghangatkan lagi fitnah terhadap dirinya.

"Gambar tutup sebelah mata itu memang khilaf saya, masa itu photoshoot dan jurugambar minta saya tunjuk cincin. Saya tutup tanpa prejudis.

"Saya tak fikir pun, simbol apa saya tak tahu sebab saya bukan ahli Freemason," ujarnya.

Shuib9

Gambar tutup mata sebelah hangatkan lagi fitnah terhadap Shuib.

Pada Isnin lalu, Shuib meluahkan rasa bengang susulan dua individu membuat hantaran dan komen palsu kononnya dia ialah pengikut kumpulan Freemason.

Dua individu itu juga menyebut, Shuib sengaja membuat perancangan dengan pihak hospital sehingga menyebabkan kematian Sarah.

"Perkara ini boleh menimbulkan keraguan. Sebab saya sendiri yang melihat arwah meninggal dunia, saya yang mengangkat jenazah. Jadi penyebaran berita ini boleh timbulkan salah faham.

"Kalau ada bukti jom kita ke hospital untuk bercakap," tegasnya.

Untuk rekod, Sarah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM (HCTMUKM) pada 9 Ogos 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain