suria

[V] Aina Abdul tegur penampilan Dem Lepak Boyz, tukar baju sebab saiz tak muat - “Ketat nampak macam Hulk!”

Dem Lepak Boyz berduet bersama Ayie Elham menerusi lagu C.H.R.I.S.Y.E

PEMILIHAN pakaian cacamarba pasangan duo Dem Lepak Boyz membayangi persembahan mereka di peringkat separuh akhir Big Stage 2023 sehingga ditegur oleh juri tetap Aina Abdul.

Salah seorang anggotanya iaitu Hazel bagaimanapun tidak terguris hati dengan teguran Aina sebaliknya menjelaskan ada sebab mengapa dia tampil dengan pakaian berbeza.

Jelas Hazel atau Meor Ahmad Mukhris Mohd Sabri, dia tampil dengan busana serba hitam kerana pakaian yang sepatutnya dipakai ketat sehingga membuatkan dia berasa tidak selesa.

"Pemilihan baju kalau diikutkan memang mengikut tema yang telah ditetapkan. Pakaiannya juga sudah ada tetapi apabila saya pakai ia ketat dan nampak macam hulk.

ASTRO_2865

Hazel pilih tak mahu pakai baju ketat semasa buat persembahan.

"Jadi saya mengambil keputusan untuk pakai pakaian disediakan pihak Astro pada saat-saat akhir," katanya kepada mStar.

Hazel berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai pertandingan separuh akhir Big Stage yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Orang tak nak tengok muka ketat” - Sakan bergelek dengan Kak Lina, aksi Ajai berlaku secara spontan

ARTIKEL BERKAITAN: Big Stage peluang penyanyi Malaysia belajar cara kerja peserta luar, Ajai yakin semua ada potensi juara... “Siapa nyanyi sedap dia menang”

Sementara itu, Zaidy atau Ahmad Zaidyansjah Ruddyansjah menjelaskan mereka tidak sempat untuk mencari busana lain buat Hazel kerana sudah kesuntukan masa.

Bagi mengurangkan rasa janggal pada penampilan mereka, dia memilih mengenakan seluar rona sama agar nampak sedondon dengan Hazel.

"Nak cari pakaian lain tak sempat, jadi kami pilih untuk suai padankan dengan apa yang sesuai sahaja. Jadi saya pakai seluar hitam agar sesuai dengan baju Hazel," jelasnya.

ASTRO_2721

Sepakat pilih penampilan selamat semasa lakukan persembahan.

Berkongsi perancangan selepas ini, Zaidy memaklumkan mereka bakal melancarkan single terbaharu pada 7 Julai ini.

Apa lebih menarik katanya, lagu tersebut bakal menampilkan juara Big Stage tahun lalu, Elica Paujin.

"Lagu itu nanti bakal memperlihatkan kami membawa genre berbeza. Harap lagu itu boleh diterima ramai," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain