suria

Istana naik taraf darjah kebesaran, Fauziah Nawi bergelar Datuk

Fauziah kini bergelar Datuk.

PELAKON Fauziah Nawi meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekaligus membawa gelaran Datuk.

Fauziah, 70, berkata dia tidak menyangka baginda berkenan menukar pingat Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) seperti yang dimaklumkan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada Jun lalu.

Kata Fauziah, sepanjang berkecimpung dalam dunia seni, dia tidak pernah meletakkan harapan diberi pengiktirafan sebegini.

fauziah nawi 2

Fauziah mahu terus berbakti kepada industri seni.

"Saya terima panggilan daripada pihak istana memaklumkan pingat asal diterima ditukar pada 21 Jun lalu.

"Saya memang tidak pernah meletakkan harapan. Bila diberi gelaran ini ia merupakan satu tanggungjawab besar buat saya. Banyak lagi benda yang perlu saya lakukan.

"Apa pun saya bersyukur kerana dikurniakan anugerah ini ketika masih hidup," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Ahmad Nawab kini bergelar Tan Sri, Fauziah Nawi dan DJ Dave antara terima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Agong

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Amy Search terima gelaran Datuk

Sementara itu, Fauziah berkata pengiktirafan ini juga memberikannya semangat untuk terus berjuang sebagai anak seni dan bukan hanya sebagai pelakon di hadapan kamera.

Malah, dia berazam untuk menyumbang sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat.

"Sekarang ini saya kena fikir apa lagi perlu dilakukan untuk memberi semula kepada industri kita.

Apa pun saya bersyukur kerana dikurniakan anugerah ini ketika masih hidup

DATUK FAUZIAH NAWI

PELAKON

"Kalau tanpa gelaran ini pun saya akan terus berjuang dan menyumbangkan sesuatu yang boleh memberi manfaat," ujarnya.

Dalam masa sama, Fauziah mengakui kekok apabila dipanggil dengan gelaran Datuk.

"Segan pula bila orang mula panggil Datuk. Rasa tak biasa," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain