suria

Teguran PM buat hidup Zaki Yamani huru hara, Jamal Abdillah turut beri nasihat

Ramai yang salah sangka dengan ciapan dibuat PM.

PENYANYI Zaki Yamani menjelaskan teguran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ciapan menyebut namanya menyebabkan hidup dia menjadi huru-hara.

Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 17, berkata, bapanya yang juga penyanyi Datuk Jamal Abdillah turut salah sangka dengan kenyataan Anwar itu selain menegurnya agar tidak mencampuri urusan berkaitan politik.

"Kepada pakcik Zaki Yamani, awak dah buat saya kena marah dan huru-harakan nama saya hari ini.

"Siapa nak jawab bila ayah saya sudah sound saya," katanya.

zaki1 - 1

Perkongsian Zaki di Instastory.

Zaki menjelaskan salah faham itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad.

Pada malam Sabtu, Anwar memuat naik ciapan di Twitter miliknya meminta Zaki Yamani untuk membuat permohonan maaf dalam kadar segera.

Individu yang dimaksudkan itu sebenarnya merupakan seorang pengguna Twitter yang menulis ciapan biadab berhubung keadaan kesihatan presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini sedang dirawat di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu pernah marah Zaki dan Yamani, Jamal Abdillah tunjuk 'thumbs up'

ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan satu bonus tapi hubungan kembali bertaut hadiah paling besar buat Zaki dan Yamani - "Saya sudah lupa macam mana layanan seorang abang"

Menerusi ciapan sama, lelaki berkenaan berdoa agar Allah mengambil nyawa Hadi termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, Zaki terpaksa membuat penjelasan kerana menerima banyak pertanyaan daripada pengikutnya di laman sosial kerana menyangka dia individu dimaksudkan.

"Sebab ramai yang DM tanya, twit ini bukan ditujukan kepada saya. Itu Zaki Yamani yang lain. Nama sahaja sama.

"Sudah... jangan tanya lagi okay. Saya tidak ada buat salah apa pun," jelasnya.

zaki2 - 1

Zaki terkejut namanya tiba-tiba menjadi sebutan.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Zaki berhubung perkara itu bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan yang dibuat tidak dijawab.

Pada Mei lalu, Zaki pernah berkongsi pentas dengan Anwar di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani yang diadakan di Dewan Al Muktafi Billah Shah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu.

Penyanyi berkenaan juga tidak menyangka dapat berduet bersama pemimpin nombor satu negara itu menerusi lagu Azizah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain