suria

Mas Idayu pernah marah Zaki dan Yamani, Jamal Abdillah tunjuk ‘thumbs up’

Jamal memeluk kedua-dua anaknya selepas mereka selesai membuat persembahan.

PENYANYI Datuk Jamal Abdillah dilihat hadir bagi memberi sokongan buat dua anaknya iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah yang merupakan finalis pentas akhir Famili Duo pada malam Ahad.

Itu adalah kemunculan pertama Jamal memberi sokongan kepada Zaki dan Yamani sejak mereka bertanding menerusi program itu bermula 18 Disember lalu.

Pada peringkat akhir itu, Zaki dan Yamani mempersembahkan lagu medley tema Anugerah Juara Lagu (AJL) Potret nyanyian asal Akim & The Majistret dan Pelukan Angkasa (Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah).

Apa lebih membanggakan dua beradik itu menerima pujian daripada dua juri tetap Famili Duo iaitu Mas Idayu dan Ajai.

WhatsApp Image 2023-02-05 at 9.29.32 PM

Zaki dan Yamani memberikan persembahan bertenaga.

Mas Idayu berkata, segala teguran yang diberikan sejak minggu pertama menjadikan pasangan adik-beradik itu berhasil menunjukkan peningkatan drastik dalam persembahan mereka.

“Mummy (panggilan Mas) suka progress awak. Dari awal awak menjunam, tapi nampak peningkatan tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu ‘membatu’ di kerusi juri, tak mahu komen... Lepas pujuk akhirnya ‘buka mulut’ - “Saya tak takut maki awak di pentas”

ARTIKEL BERKAITAN: “Zaman kena marah dah berlalu” - Tuah SAJA anggap Mas Idayu macam ibu, muncul lagu duet ‘Cari Cinta Di Indonesia’

“Sebab tu kalau mummy marah maksudnya mummy mahu kamu buat yang terbaik. Malam ini kamu sudah pun buktikan kerana memang banyak peningkatan pada persembahan kamu,” katanya.

Malah, Mas turut bertanyakan kepada Jamal sama dia menyimpan perasaan marah sekiranya dia memarahi dan menegur kedua-dua anaknya itu.

Jamal bagaimanapun menunjukkan thumbs up sebagai tanda dia tidak mempunyai sebarang masalah jika anak-anaknya dimarahi atas teguran yang diberikan Mas.

Untuk rekod, selain Zaki dan Yamani, pentas akhir Famili Duo turut menampilkan barisan finalis termasuk Sissy Imann dan Naim Daniel, Wanie Kayrie dan Bella Astillah serta Ayda Jebat dan Fyna Jebat.

Program peringkat akhir itu sedang bersiaran secara langsung di TV3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain