suria

“Zaman kena marah dah berlalu” - Tuah SAJA anggap Mas Idayu macam ibu, muncul lagu duet ‘Cari Cinta Di Indonesia’

Tuah SAJA merakamkan lagu duet bersama Mas Idayu.

BEKAS peserta program Mentor Legend yang juga merupakan vokalis kumpulan SAJA iaitu Tuah tidak pernah mempunyai sebarang masalah bekerjasama dengan bekas mentornya, Mas Idayu meskipun penyanyi berkenaan cukup terkenal sebagai seorang yang lantang dan garang.

Buktinya, Tuah bersama SAJA baharu sahaja merakamkan single terbaharu mereka iaitu Cari Cinta Di Indonesia yang turut menampilkan Mas Idayu.

"Rakaman lagu bersama Mummy (Mas idayu) Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami pun dah macam ibu dan anak sebab sudah lama kenal.

"Sepanjang merakamkan lagu tersebut, tidak ada pula Mummy marah-marah. Saya rasa zaman kena marah dengan Mummy sudah berlalu," katanya ketika dihubungi mStar.

tuah2 - 1

Tuah merupakan anak didik Mas Idayu.

Dalam pada itu, bercakap mengenai lagu duet mereka, Tuah atau Mohamad Farhan Zahi Mohd Zaini, 30, berkata, elemen dangdut yang terdapat dalam lagu berkenaan membuatkan dia ingin berkolaborasi bersama Mas.

Kata Tuah, mereka juga ingin menembusi pasaran Indonesia dan sudah merangka promosi di negara berkenaan tidak lama lagi.

ARTIKEL BEKAITAN: "Siapa yang berkokok tu?" - Mas Idayu minta rakan artis jangan masuk campur kerja juri, stesen TV pun tak pernah tegur

ARTIKEL BERKAITAN: "Masa mummy marah dulu saya diam saja"... Baby Shima sifatkan Mas Idayu juri yang jujur, tak ‘fake’ bagi komen

"Pada mulanya kami tidak terfikir untuk duet lagu ini bersama artis lain, tetapi bila terfikirkan elemen dangdut yang ada dalam lagu ni, saya terus terfikirkan Mummy.

"Insya Allah, kami juga sudah merancang promosi lagu berkenaan di Indonesia. Kami juga sudah berbincang dengan syarikat rakaman Anzu Music dan Euphoria Indonesia, paling awal pada Februari ini atau lepas Aidilfitri nanti," ujarnya.

Sepanjang merakamkan lagu tersebut, tidak ada pula Mummy marah-marah. Saya rasa zaman kena marah dengan Mummy tu dah habis dah.

MAS IDAYU

PENYANYI

Mengakui agak sukar diterima di pasaran Malaysia, Tuah dan ahli kumpulan SAJA yang lain iaitu Shah Reezal, Syafiq Hady, Ezad Shazrul, Syahrizan Sahamat, Mustakim dan Haziq Ramli berharap agar single terbaharu mereka ini mendapat sambutan di Indonesia.

Sebelum ini, SAJA pernah muncul dengan single Cari Cinta Satu Malaysia, namun ia seakan sukar diterima pendengar tempatan.

tuah1 - 1

Kumpulan SAJA ditubuhkan pada 2012.

"Pada 2017 kami pernah keluar dengan lagu Cinta Satu Malaysia, tetapi banyak sangat halangan dan lagu tersebut pernah di ban kerana dianggap berkaitan dengan politik.

"Disebabkan itu, kami ingin cuba menembusi pasaran Indonesia dan lagi pun, dalam lirik kali ini juga banyak disebut nama-nama tempat yang ada di negara jiran itu," ujarnya.

Untuk rekod, Cari Cinta Di Indonesia merupakan gubahan Awan dan Akmal SAJA yang telah pun dilancarikan pada 21 Disember 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain