suria

Bahasakan diri sebagai ‘Mami’ di media sosial, ada panggil Azhar Sulaiman pondan... Ruhainies bantu perjelas maksud sebenar 

Ruhainies bantu Azhar perjelas maksud sebenar Mami.

PELAKON Azhar Sulaiman sering dilabel sebagai seorang lelaki lembut malah ada yang berani menggelar aktor berkenaan dengan panggilan pondan gara-gara membahasakan diri sebagai 'Mami' di media sosial miliknya.

Menjelaskan kekeliruan mengenai penggunaan ganti diri itu, Azhar, 51, menjelaskan maksud Mami yang sering kali digunakan kepada pengikutnya itu dengan bertanya kepada aktres Ruhainies.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Azhar turut meminta pendapat Ruhainies sama ada dia seorang lelaki lembut atau sebaliknya.

"Nampaknya ramai yang tanya kenapa guna gelaran Mami? Pondan ke? Jom kita tanya orang Penang.

Azhar Sulaiman jelaskan dirinya adalah lelaki tulen.

Azhar membahasakan diri sebagai Mami dalam kalangan pengguna media sosial.

"Ruhainies, okay ke kalau Abang Har guna gelaran Mami?," katanya.

Kata Ruhainies, Mami merupakan panggilan untuk seseorang yang suka mengambil tahu hal orang lain namun dia berpendapat bahawa Azhar merupakan seorang lelaki yang tulen.

"Mami itu dia macam kephochi saja. Macam makcik bawang, mami jarum la. Jantan tulen lah tentunya. Dah macam abang saya sendiri," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman terbuka kalau anak hidup bermadu, tapi letak syarat termasuk kena ada ijazah

ARTIKEL BERKAITAN: Faktor genetik punca anak Azhar Sulaiman nampak kurus dan cengkung... “Doktor tanya saya makan ke tak?”

Dikesempatan itu juga, Azhar turut mengakui bahawa dia lelaki sejati dan tidak akan menangis untuk hal yang remeh.

"Saya jantan! Anak jantan tak boleh menangis," katanya lagi.

Sementara itu, Azhar memaklumkan akaun TikTok miliknya telah terhapus kerana terdapat konten yang menyalahi garis panduan platform berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain