suria

‘Konsert Kasih Pengasih 2023’ satukan Iklim, Ameng, Zamani dan Amir Ukays… Inisiatif kumpul dana untuk pusat pemulihan baharu

Konsert Pengasih 2023 bakal berlangsung Julai ini.

PENGANJURAN sesebuah konsert bagi tujuan kutipan dana bukanlah perkara asing buat industri muzik tanah air.

Mengambil pendekatan sama, Rumah Pengasih Bukit Tunku Kuala Lumpur turut merancang menganjurkan Konsert Kasih Pengasih 2023 yang akan berlangsung di Auditorium RTM Kuantan pada 1 Julai depan.

Menurut Presiden Persatuan Pengasih Malaysia iaitu Hafizi Harun berkata, idea untuk mengadakan konsert ini tercetus oleh pihak pengurusan Pengasih yang ingin mempromosikan Pengasih Cawangan Pahang.

konsert3 - 1

Konsert Pengasih 2023 dianjurkan bagi tujuan kutipan dana.

"Objektif konsert ini diadakan adalah bertujuan mencari dana bagi membiayai peralatan dapur, landskap dan kelengkapan rehab baharu Rumah Damai yang akan mula beroperasi dalam masa terdekat.

"Konsert ini diadakan di Kuantan bagi mempromosikan Kompleks Pengasih Cinta Manis di Bentong, Pahang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berhenti jalani fisioterapi, bahagian belakang Zamani kembali sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Risau perut makin buncit, Ameng luang masa 2 jam di gim setiap hari... Seronok tengok badan dah sasa

Konsert yang dikendalikan oleh Pengasih Asia Sdn Bhd ini bakal menampilkan barisan artis hebat iaitu kumpulan Iklim, Ameng Spring, Zamani Slam dan Amir Ukays.

Kata Hafizi, pihaknya turut mahu membantu rakan artis terutama Iklim yang kurang menerima undangan persembahan selain mengekalkan hubungan akrab mereka dengan Zamani dan Ameng.

"Hubungan kami sememangnya rapat, jadi kami lebih suka mengamalkan konsep menang-menang kerjasama dengan mereka.

Mereka mahu jadikan kisah pemulihan saya sebagai inspirasi. Saya tahu kesusahan mereka untuk mendapatkan dana.

AMENG

PENYANYI

"Durasi konsert ini ialah dua jam setengah dan barisan artis terbabit akan menyampaikan rangkaian lagu-lagu popular mereka buat peminat," ujarnya.

Sementara itu, Ameng yang merupakan vokalis kumpulan Spring menganggap kerjasama ini merupakan sumbangannya untuk membantu mengumpul dana bagi Rumah Pengasih.

Menurut penyanyi lagi Bourgenvilla ini, biarpun dia tidak pernah mendapat pemulihan di Pengasih, namun sedikit sebanyak penyertaannya menjadi inspirasi buat individu yang terlibat dengan penggunaan dadah.

"Saya tidak pernah masuk ke Rumah Pengasih kerana saya ditahan di penjara ketika terlibat dalam masalah dadah dulu.

konsert2 - 1

Ameng bakal menghiburkan peminat di Konsert Pengasih 2023.

"Mereka mahu jadikan kisah pemulihan saya sebagai inspirasi. Saya tahu kesusahan mereka untuk mendapatkan dana dan saya juga tahu kepayahan individu yang terlibat dengan dadah.

"Jadi, saya mengambil peluang ini sebagai salah satu cara untuk menyalurkan bantuan kepada mereka," katanya kepada pemberita.

Harga tiket untuk menyaksikan Konsert Kasih Pengasih 2023 bermula dari RM58 sehingga RM3,500.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain