suria

Muna Shahirah selamat bergelar isteri gamers Sean Tee 

Muna kini sah bergelar isteri kepada Sean.

PENYANYI Muna Shahirah selamat bergelar isteri kepada jejaka berbangsa Cina iaitu Sean Tee Yeu Terng Abdullah, 24, dengan dua kali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Mersing, Johor pada malam Jumaat.

Berkongsi berita gembira itu, Muna atau Muna Shahirah Munadi, 29, berkata, dia gembira melangkah ke fasa baharu dalam hidup namun sedar perlu memikul tanggungjawab besar sebagai isteri selepas ini.

"Walaupun baru sehari bernikah, saya sudah rasa berbeza sebab bangun pagi tadi suami ada di sebelah. Masa bercinta sebelum ini tak pernah tanya dia nak makan atau minum tapi sekarang kena siapkan sarapan untuknya.

"Saya teruja dan gembira melangkah ke fasa baru dalam hidup. Semoga kami terus bahagia sebagai pasangan suami isteri," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

muna shahirah 2

Sean memberi RM60,000 sebagai wang hantaran.

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Muna iaitu Munadi Juki, 57, selain menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 berserta wang hantaran RM60,000.

Bercakap soal kerjaya seni selepas bergelar isteri, menurut penyanyi lagu Takdir Cinta ini suaminya sentiasa memberi sokongan dan tidak menghalang untuk terus menyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Muna Shahirah sedang mengenali hati budi seorang, katanya berkenalan masa main PUBG... Harap ibu tak marah

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada ‘show’ akibat PKP, Muna Shahirah jana pendapatan dengan main PUBG - “Masa live streaming ada yang tegur suara sedap”

Malah Muna juga kini semakin aktif mengikut jejak langkah Sean yang merupakan seorang gamers dan banyak menyertai pertandingan permaian pensrtiman.

"Dia juga pernah ikut saya ke konsert sebelum ini. Kami kongsi minat yang sama.

"Suami tidak halang untuk saya meneruskan kerjaya dalam bidang seni dan saya kuga sentiasa menyokong apa yang dia lakukan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain