suria

Selalu dapat watak lelaki India, Irfan Zaini sanggup ubah penampilan kerana mahu bawa pelbagai karakter dalam drama Melayu

Irfan mahu jadi pelakon serba boleh.

PELAKON Irfan Zaini meluahkan rasa syukur apabila menerima lebih banyak tawaran berlakon dalam drama Melayu meskipun sudah 10 tahun berlibat dalam dunia seni.

Kata Irfan atau Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 28, dia juga bersedia untuk menerima pelbagai cabaran supaya penonton tidak melihat dirinya memegang watak yang sama sahaja.

Justeru itu, dia sanggup untuk mengubah penampilan termasuk bentuk badan sekiranya menerima tawaran yang memerlukan dia berbuat demikian.

irfan zaini 2

Irfan harap namanya terus diterima baik.

"Saya sedar orang lihat saya mesti kata saya hanya sesuai watak antagonis dan watak India atau lelaki Pakistan, tetapi saya enggan dilabel hanya sesuai watak tertentu sahaja.

"Sebagai pelakon saya perlu versatil dan sanggup menggubah penampilan demi watak. Bagi saya tiada jalan pintas untuk berjaya," katanya.

Aktif berlakon dalam drama Tamil tempatan sebelum ini, Irfan memberitahu permulaannya terlibat dalam drama Akira Khan telah membuka mata produksi Melayu akan kehadirannya dalam industri.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wajah jadi rebutan jenama antarabangsa... Meerqeen tak gila duit, paling penting jaga reputasi

ARTIKEL BERKAITAN: Ryan Bakery tak berangan diiktiraf sebagai penyanyi, mahu buktikan ‘content creator’ boleh jadi kerjaya

Meskipun sudah berpengalaman berlakon dalam puluhan drama, namun Irfan masih menganggap dirinya sebagai seorang pelakon baharu dalam kalangan peminat drama Melayu.

"Sebenarnya sudah lama saya ingin berlakon dalam drama Melayu cuma sebelum ini belum ada rezeki. Bukanlah saya tidak bersyukur dengan rezeki dalam industri lakonan Tamil tempatan, tetapi saya mahu kerjaya lebih berkembang.

Sebagai pelakon saya perlu versatil dan sanggup menggubah penampilan demi watak. Bagi saya tiada jalan pintas untuk berjaya

IRFAN ZAINI

PELAKON

"Walaupun saya sudah ada pengalaman berlakon, tetapi dalam pasaran Melayu saya dikira sebagai pelakon baharu. Masih banyak yang perlu saya belajar lagi," ujarnya.

Komited terhadap kerjaya, Irfan juga sanggup melakukan babak aksi sendiri dalam sebuah drama Tamil lakonannya.

Bagi aktor ini ia merupakan satu kepuasan apabila dapat merasakan pengalaman sebegitu meskipun mengalami luka dan cedera ringan.

irfan zaini 3

Nama Irfan mula mendapat perhatian selepas berlakon dalam Akira Khan.

"Lakonan merupakan minat saya sejak kecil, jadi apabila dapat melakukan pekerjaan yang diminati saya akan lakukan sehabis baik.

"Saya suka genre aksi sebab itu saya tidak kisah untuk melakukan semua aksi lagak ngeri sendiri, terasa lebih puas," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain