suria

Sepupu meninggal dunia akibat kemalangan langgar lari, isteri Alieff Irfan mohon saksi tampil bantu siasatan

Bella mohon saksi orang ramai.

ISTERI kepada personaliti media sosial, Alieff Irfan iaitu Bella Estrelle memohon mana-mana individu yang menyaksikan kemalangan membabitkan sepupunya tampil memberikan maklumat berhubung insiden berkenaan.

Menurut Bella atau Nurul Nabilah, 28, sepupunya iaitu Muhd Zanzamiel Jelmon, 19, meninggal dunia selepas terlibat kemalangan dipercayai langgar lari pada pagi Jumaat.

"Pada mulanya, pihak polis memberitahu Zanzamiel hanya terjatuh daripada motorsikal tetapi apabila melihat keadaan mayat, mereka sekeluarga tidak boleh menerima kenyataan dan yakin bahawa ia adalah satu kes langgar lari.

bella1 - 1

Bella mohon bantuan orang ramai untuk jadi saksi.

"Semalam pukul satu pagi polis datang rumah dan beritahu jumpa arwah di tempat kejadian.

"Kami sekeluarga terkejut, kami lihat mayat arwah, sebelah kepalanya seperti dilenyek. Kami rasa seperti ada yang tidak kena sebab keadaan mayat bukan cedera biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tergamak tengok warga emas jalan bongkok kerja hantar makanan, isteri Alieff Irfan hadiah sebuah kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil live di TikTok selama sejam... Isteri beli Alieff Irfan superbike Ducati RM150,000 sempena ulang tahun ketiga perkahwinan

"Ada polis yang cakap kes ini langgar lari dan yang melanggar itu adalah muatan berat," katanya ketika dihubungi mStar.

Sementara itu, Bella berkata jika benar insiden itu berpunca kecuaian orang lain, dia berharap individu itu di bawa ke muka pengadilan.

"Saya minta tolong sangat kalau ada saksi di tempat kejadian yang mempunyai video papan pemuka (dashcam) sila tampil untuk bantu siasatan.

"Kita bukan apa, kalau dia memang dilanggar lari, saya rasa tidak adil dia teraniaya. Kalau memang dilanggar, suspek janganlah melarikan diri," ujarnya.

Berkongsi mengenai arwah, Bella berkata kali terakhir dia bertemu Zanzamiel adalah pada Aidilfitri tahun lalu dan sikap arwah juga dilihat agak berbeza.

"Arwah sebenarnya orang yang introvert sangat. Banyak masa dihabiskan di rumah dan kalau keluarga kami buat sebarang majlis, dia memang tak banyak cakap.

bella2 - 1

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah.

"Tapi kali terakhir saya jumpa dia Aidilfitri tempoh hari, arwah banyak bercakap dengan kami dan sempat bergurau senda. Kita pun tidaklah fikir apa-apa kan," katanya.

Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, Gombak dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Batu Muda, Gombak Kuala Lumpur kira-kira pukul 5.50 petang Jumaat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain