suria

Kecoh Mamat Sepah pengsan di pentas Mega Spontan 2023, tak sedap badan sebelum program bermula

Mamat sendiri tidak tahu punca dia pengsan.

PELAWAK Mamat Sepah mengejutkan peminat apabila tiba-tiba pengsan ketika muncul di pentas minggu pertama program Mega Spontan 2023 yang bersiaran langsung pada malam Jumaat.

Menjelaskan insiden itu, Mamat atau Mohd Noor Murad, 38, berkata, dia sendiri tidak pasti apa berlaku sehingga membuatkan dia hilang fokus dan tidak boleh mendengar ketika berada di atas pentas.

Bagaimanapun katanya, gementar bukan punca dia pengsan namun mengakui berasa tidak sedap badan sebelum program berlangsung.

mamat 1

Mamat yakin tidak gementar membuat persembahan.

"Sepanjang 14 tahun membuat persembahan, inilah pertama kali terjadi kepada saya. Saya sendiri pun tidak tahu apa puncanya. Ketika pusingan pertama naik pentas saya dah rasa tidak sedap badan, penglihatan pun kabur selain telinga tidak boleh mendengar.

"Nak kata saya gementar tak mungkin sebab saya amat yakin dengan pasukan sendiri. Saya langsung tidak rasa gementar sebelum naik pentas," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Disebab keadaannya pada malam tersebut, tiga rakan kumpulannya iaitu Adlin Aman Ramli, Joey Daud dan Sajna Suri terpaksa meneruskan persembahan tanpa Mamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering terima tawaran program komedi, Ramona Zamzam bimbang jika digelar pelawak... “Risau lama tak berlakon lupa feel”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kamal Adli trauma jumpa orang ramai, lebih suka kurung diri dalam rumah

Tambahnya ketika melakukan pemeriksaan bersama pasukan perubatan di belakang pentas, dia dimaklumkan tekanan darah dan tahap kesihatannya dalam keadaan baik.

"Pegawai perubatan pun cakap saya tidak gementar. Katanya mereka boleh kesan pada wajah seseorang yang menunjukkan simptom gementar. Dah periksa tekanan darah dan nadi pun semuanya okey.

Nak kata saya gementar tak mungkin sebab saya amat yakin dengan pasukan sendiri. Saya langsung tidak rasa gementar sebelum naik pentas

MAMAT SEPAH

PELAWAK

"Saya tahu kondisi badan sendiri. Jadi mestilah saya tidak akan ambil makanan yang boleh memberi kesan kepada diri sendiri," ujarnya.

Sementara itu, Mamat memaklumkan keadaannya masih belum stabil dan akan melakukan pemeriksaan lanjut di hospital.

Dalam masa sama dia amat bertuah kerana bersama anggota yang sangat memahami dan tidak mengalah tatkala berlaku kecemasan seperti itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain