suria

Air mata Dhanial mengalir selepas bergelar suami, Didie Alias dapat menantu perempuan pertama

Muhammad Dhanial bergambar bersama ahli keluarga selepas melangsungkan pernikahan. Foto Instagram @didiealias

ANAK lelaki kepada pelakon Didie Alias iaitu Muhammad Dhanial selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya iaitu Nurkhairunisa Zulkifli pada Sabtu.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan di kampung halaman Nurkhairunisa di Tawau, Sabah.

Meluahkan rasa syukur majlis berjalan lancar, Didie atau Fadzilah Mohd@Ali, 53, berharap menantu perempuan sulungnya itu dapat menjaga Dhanial dengan baik selepas ini.

Dhanial, 29, merupakan anak lelaki tunggal hasil perkahwinan Didie dengan Allahyarham Ridzuan Hashim.

dhanial 2

Dhanial dan Nurkhairunisa melangsungkan pernikahan di Tawau, Sabah.

"Selamat datang ke keluarga kami. Selamat pengantin baru buat anakku. Semoga berbahagia hingga ke jannah.

"Jaga Dhan (Dhanial) untuk kami ya," tulisnya di Instagram pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ridzuan Hashim mahu pakai barangan peribadi arwah semasa hari nikah... Didie Alias bimbang tak mampu kawal emosi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sepasang baju Melayu buat Ridzuan Hashim... Anak lelaki terkilan bapa tak dapat hadiri majlis perkahwinan

Menerusi beberapa perkongsian semula di Instastory, kelihatan Dhanial, tidak dapat menahan air mata selepas dirinya sah bergelar suami.

Sebelum ini dalam temu bual bersama mStar, Didie memaklumkan dia dan ahli keluarga yang lain bimbang jika Dhanial sedih di hari pernikahan selepas pemergian arwah Ridzuan yang baru sahaja meninggal dunia pada 4 Mei lalu.

Didie juga memberitahu anaknya itu meluahkan hasrat untuk memakai barangan peribadi arwah seperti jam tangan dan samping di hari pernikahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain