suria

Gandingan Lisa dan Beto selepas 11 tahun gamit memori, ramai pula rindu nak tonton ‘Istanbul Aku Datang’

Gandingan serasi Lisa dan Beto dalam Istanbul Aku Datang.

PELAKON Datin Lisa Surihani menarik perhatian peminat apabila memuat naik video bergandingan dengan Beto Kusyairy menerusi sebuah iklan di Instagram miliknya.

Apa membuatkan peminat teruja, ia adalah gandingan pertama pasangan pelakon itu yang pernah mencetuskan fenomena menerusi filem Istanbul Aku Datang yang ditayangkan 11 tahun lalu.

Menerusi video tersebut, Lisa atau Lisa Surihani Mohamed, 37, dilihat turut melontarkan dialog popular filem berkenaan yang menggamit memori peminat.

"Dejavu kan? Setelah 11 tahun, dia datang balik menganggu hidup saya," katanya.

lisa1 - 1

Lisa mengimbau kenangan berlakon bersama Beto.

Lisa berkongsi sebuah video mempromosikan produk makanan yang turut disertai oleh Beto dan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim.

Bermula adegan pertemuan di halaman rumah, Lisa menyapa Beto atau NurKusyairy Zakuan Osman, 43, iaitu jirannya untuk mengajak berbuka puasa di rumahnya.

Beto kelihatan terkejut dengan penampilan terbaharu 'Dian' yang sudah bertudung.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem dedah aurat masih boleh ditonton... Lisa Surihani tak mampu kawal, hanya berdoa jalan penghijrahan dipermudahkan

ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy 'gayat' menang trofi FFM32, Adi Putra pula harap lakonan dapat sampai mesej baik

Sewaktu di meja makan, Yusry turut memainkan peranan memberitahu seperti pernah melihat wajah Beto dan aktor berkenaan sempat berseloroh mengatakan dia pernah berkahwin dengan Lisa.

"Dulu kan saya pernah kahwin dengan isteri abang, eh tapi dalam filem bang," ujarnya.

Menjengah ruang komen, rata-rata peminat meluahkan rasa rindu mengenangkan kembali gandingan dua pelakon hebat itu menerusi filem Istanbul Aku Datang.

"Comelnya, Ini spin off baik punya.

bb

Peminat masih merindui filem Istanbul Aku Datang.

"Rindunya filem ni. Ingat dulu setiap malam ulang tonton filem ni sampai boleh hafal skrip.

"Kita masih tengok filem ni sampai sekarang tau," tulis netizen.

Untuk info, Istanbul Aku Datang menceritakan kisah seorang wanita, Dian yang berkunjung ke Istanbul semata-mata untuk menunggu pinangan daripada kekasihnya, Azad lakonan Tomok.

Bagaimanapun, kekasihnya berlaku curang dan Dian bertemu dengan Harris untuk merawat kesedihannya pada ketika itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain