suria

Ummi Nazeera cemas anak jalani pembedahan patah siku, mujur ada suami tenangkan hati sedang sedih

Ummi bersyukur suami sentiasa berada di sisi.

ANAK perempuan kepada pelakon Ummi Naziera iaitu Ayra Aneesah terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami patah tulang pada bahagian sikunya.

Memaklumkan proses pembedahan berjalan lancar, Ummi atau Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 33, meluahkan rasa syukur kerana suaminya yang juga merupakan seorang doktor iaitu Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani berada di sisi semasa berdepan situasi cemas itu.

"Alhamdulillah, pembedahan Ayra berjalan lancar. Saya tidak tahu apa yang saya akan lakukan jika tiada suami disisi.

ummi2 - 1

Ummi Nazeera syukur kahwini seorang doktor.

"Terima kasih Izzar. Terima kasih kerana sangat tenang dan awak membuatkan saya lebih tenang," katanya.

Ummi berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.

Dalam pada itu, Ummi turut berkongsi betapa pentingnya kehadiran seorang suami di sisi tatkala berdepan dengan situasi cemas melibatkan anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya bertahan kerana minat"... Selepas 16 tahun, Ummi Nazeera puas pertama kali rangkul trofi pelakon terbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Ummi Nazeera ambil kira kebimbangan peminat, umum tarik diri sertai Muafakat Nasional

Menurut pelakon drama Nur itu, sebagai seorang ibu hatinya sedih melihat keadaan anak yang sedang sakit.

"Bila anak sakit sangat penting ada suami atau ayahnya di sisi. Kadang-kadang ibu emosi, sedih sangat tengok anak sakit.

"Semoga Izzar dan semua ayah di luar sana terus menjadi ayah yang baik yang hadir dalam hidup anak-anak kita. Kita doakan ya," ujarnya.

Ayra kini semakin baik tetapi perlu diberi penjagaan rapi untuk empat hingga enam minggu.

UMMI NAZEERA

PELAKON

Berkongsi perkembangan terkini, Ummi memberitahu keadaan anaknya sudah semakin baik tetapi memerlukan penjagaan rapi dalam tempoh empat hingga enam minggu.

Malah, dia turut meminta cadangan pengikutnya tentang aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang sedang mengalami patah tangan.

"Untuk sesiapa yang bertanya, Ayra kini semakin baik tetapi perlu diberi penjagaan rapi untuk empat hingga enam minggu bagi memastikan siku dia pulih sepenuhnya.

ummi1 - 1

"Ayra juga tidak boleh bersekolah dan kamu boleh beri cadangan pada saya aktiviti apa yang boleh saya buat untuk anak berusia empat tahun setengah yang patah tangan?" katanya.

Untuk rekod, Ummi mendirikan rumah tangga bersama Izzar pada 23 Julai 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iatu Ayra Aneesah, 5 dan Aysha Arsylia yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain