suria

Sambut Ramadan tanpa suami, Shuhada kuatkan diri demi anak-anak… “Tahun ini sangat berbeza”

Shuhada sayu tidak menyambut Ramadan bersama Hafidz.

KEDATANGAN bulan Ramadan tahun ini cukup berbeza buat Nurul Shuhada Mat Shukri apabila dia tidak dapat menyambutnya bersama suami iaitu pelakon Hafidz Roshdi.

Shuhada, 29, bagaimanapun berkata dia akan terus kuat demi dua anaknya meskipun terpaksa menyambut bulan mulia ini tanpa suami di sisi.

"Saya kena kuat untuk anak-anak, selalunya ada bersama suamikan?

"Tahun ini sangat berbeza," katanya ringkas.

shuu3 - 1

Shuhada perlu kuat untuk anak-anak.

Dalam pada itu, bercakap mengenai parut di wajahnya, Shuhada berkata, ia akan kekal selamanya.

Bagaimanapun, dia akan menjalani rawatan susulan bagi memeriksa kesan luka dan jahitan pada bahagian pipinya itu.

"Luka ini ada rawatan susulan, ia memang parut kekal," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shuhada tiada masalah kalau Hafidz Roshdi nak kahwin dua tapi biar betul caranya

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Masih sayang? 50-50" - Hafidz Roshdi tak kahwin dua, jauhi Shuhada atas perintah mahkamah

Pada Selasa, Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz terhadap Shuhada.

Ia susulan Shuhada mendakwa dia pernah diceraikan sebanyak dua kali iaitu kali pertama pada 22 Januari lalu menerusi WhatsApp dan kali kedua melalui panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

Peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.

Saya kena kuat untuk anak-anak, selalunya ada bersama suamikan. Tahun ini sangat berbeza.

NURUL SHUHADA

ISTERI HAFIDZ ROSHDI

Kes penceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

shuu4 - 1

Shuhada selepas prosiding bagi pengesahan lafaz cerai.

Pelakon Tundukkan Playboy itu membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret.

Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

shuu2 - 1

Buat pertama kali Shuhada sambut Ramadan tanpa Hafidz.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin RM4,000 selain turut memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain