suria

Ani Maiyuni lali hadap selebriti baharu buat perangai sombong, sifatkan generasi Z kurang adab

Ani pernah berpengalaman berhadapan dengan artis baharu yang sombong.

PENYANYI dangdut Ani Maiyuni berpendapat kebanyakan generasi Z yang lahir di antara tahun 1995 hingga 2010 kurang mendapat didikan sempurna disebabkan perubahan kehidupan yang banyak terdedah kepada teknologi seperti internet dan telefon pintar.

Kata Ani atau Aishah An-Nur Osman, 45, perubahan itu boleh menyumbang kepada sahsiah diri golongan berkenaan termasuk berkaitan adab dan melihat sendiri perkara itu dalam kalangan artis muda kategori generasi Z.

"Pada saya generasi Z ini ada kurang dari segi adab. Zaman sekarang telefon pintar pun banyak benda yang tidak elok jadi viral disebabkan orang ramai berkongsi di media sosial.

ani2 - 1

Ani menasihatkan artis baharu supaya tidak mendongak ke langit.

"Jadi mereka rasa gurauan ini adalah lawak walaupun pada kita yang lebih berusia merasakan itu biadab. Mereka tidak tahu nak bezakan sama ada lawak atau kurang ajar," katanya.

Dalam pada itu, isu selebriti baharu buat 'perangai' terhadap artis senior bukan perkara baharu kata Ani malah pernah berdepan dengan sikap segelintir yang mempamerkan sikap sombong.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau setakat senyum pun cukuplah" - Noorkhiriah tegur sikap pelakon tiada adab, minta tanam rasa hormat dalam diri

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu keluar dari genre dangdut, Ani Maiyuni bayangkan diri Misha Omar ketika di pentas GV8

Ani turut menasihatkan agar selebriti generasi Z ini agar bersikap rendah diri dan tidak mendongak ke langit selain perlu belajar menghormati orang lebih tua.

"Dalam industri ini, nama awak besar ke kecil, jangan sombong. Awak popular atau tidak, bakat itu hanya pinjaman daripada Allah. Bila-bila masa Dia boleh tarik balik.

"Kita nak puaskan hati semua orang pun mustahil. Paling penting, kita kena tahu kesesuaian dan pandai bawa diri," katanya.

ani1 - 1

Ani antara artis senior yang berpengalaman dalam industri hiburan.

Sebelum ini, pelakon Noorkhiriah meluahkan rasa kesal terhadap sikap seorang pelakon yang tidak menghormati orang lama sepertinya.

Noorkhiriah berkongsi, individu yang dimaksudkannya itu memang bersikap sombong sejak dari dulu yang mempamerkan aspek adab dan akhlak berbeza dengan generasi terdahulu.

Pelakon Bedah Tong Gas itu sempat memberikan pesanan buat segelintir pelakon terutamanya generasi baharu untuk menanam rasa hormat kepada pelakon lebih senior.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain