suria

Siti Aafiyah terpaksa jalani pembedahan, terjatuh ketika bermain skuter

Aafiyah mengalami kemalangan kecil.

ANAK perempuan kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah terpaksa menjalani pembedahan selepas terjatuh daripada skuter pada Sabtu.

Siti atau Siti Nurhaliza Taruddin, 44, memaklumkan proses pembedahan yang dijalani Aafiyah berjalan lancar di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah proses di bilik pembedahan berjalan lancar. Terima kasih doktor pakar di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

aafiyah1 - 1

Perkongsian Siti di instastory miliknya.

"Insya Allah Aafiyah segera sembuh ya. Amin. Video ini ayah ambilkan sebelum Aafiyah masuk bilik pembedahan. Tengah pujuk Aafiyah," katanya.

Siti berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memperlihatkan penyanyi itu sedang memujuknya sebelum masuk ke bilik pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Aafiyah pun hafal lagu 'Munbe Vaa', netizen puji sebutan jelas dan tepat!

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza tak pernah cakap gembira Aafiyah jadi ahli politik, ada rakaman video sebagai bukti

Menerusi video sama, bahagian dagu Aafiyah dilihat bertampal dengan plaster dipercayai akibat terjatuh daripada skuter.

Dalam pada itu, Siti turut memohon maaf kepada pihak penganjur kerana terpaksa membatalkan persembahan di saat akhir disebabkan kemalangan menimpa Aafiyah.

"Minta maaf kepada klien saya kerana terpaksa batalkan persembahan saya saat akhir disebabkan kemalangan yang menimpa anak saya," katanya.

aafiyah2 - 1

Siti bersama anak perempuannya, Aafiyah.

Menerusi Instastory dimuat naik di Instagram miliknya, Siti turut menzahirkan penghargaan kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mendoakan kesembuhan Aafiyah.

"Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Permaisuri Agong bertanya khabar dan mendoakan kesembuhan Aafiyah.

"Terima kasih juga buat semua yang doakan kesihatan Aafiyah. Insya Allah Aafiyah cepat sembuh daripada kemalangan kecil ini. Aamin ya rabb," tulisnya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain