suria

“Makanan laut mentah terdedah dengan parasit” - Berselera telan sotong hidup, netizen label Masya Masyitah pengotor 

Masya Masyitah tak ragu-ragu nikmati hidangan sotong dan udang hidup.

TINDAKAN berani penyanyi Masya Masyitah mencuba beberapa hidangan mentah ketika bercuti di Bangkok, Thailand diselar netizen yang menganggap dia kurang faham tentang pemahanan tentang hukum agama.

Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 23, menerima kecaman itu apabila dilihat berselera menikmati juadah sotong dan udang yang masih hidup tanpa rasa ragu-ragu di sebuah pasar malam di negara berkenaan.

Kata Masya, pada awalnya dia sendiri merasakan makanan tersebut seakan-akan mustahil untuk ditelan namun tidak menyangka dapat menikmatinya sehingga habis.

"Ia kelihatan mustahil sehingga ia selesai," katanya menerusi perkongsian video di Instagram miliknya.

320993743_676721060564125_5169115274793215687_n

Masya Masyitah kongsi pengalaman makan udang dan sotong hidup.

Menerusi video tersebut, Masya dilihat menikmati sotong dan udang yang masih bergerak di dalam bekas makanannya dengan penuh berselera.

Malah dia juga turut mengangguk-angguk sebagai tanda hidangan tersebut sesuai dengan cita rasanya.

ARTIEKL BERKAITAN: Tak serik kena kecam! Netizen tegur fesyen Masya Masyitah pakai skirt dengan legging ketat... “Cantik macam Kpop tapi seluar tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Masya Masyitah kena kecam lagi! Kali ini imej pintal tudung seperti tocang rambut jadi perdebatan netizen

Sehubungan itu, rata-rata wanganet menegur tindakan Masya yang seolah-olah tiada ihsan terhadap haiwan yang masih hidup.

Mereka juga berharap agar perbuatan Masya tidak menjadi ikutan kerana tidak elok dipandang di sisi agama.

"Dakwat sotong itu najis! Boleh kata pengotor juga, orang nak makan semua benda siap siang cuci. Bukan main telan terus hidup-hidup.

Masya Masyitah dikecam gara-gara tiada ihsan terhadap haiwan.

"Macam tak berperikemanusiaan makan binatang yang masih hidup, siksa binatang itu dengan lada lepas itu makan zalim!

"Sebagai orang Islam hukumnya makruh! sebab dah hilang sifat ihsan terhadap haiwan. Makanan laut mentah sangat terdedah dengan parasit," antara komen netizen.

Untuk info, Masya pernah menjadi juara program realiti kanak-kanak, ceria Popstar pada tahun 2014 dan menyandang gelaran nasib juara Bintang Kecil RTM pada 2011.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain