suria

Masya Masyitah kena kecam lagi! Kali ini imej pintal tudung seperti tocang rambut jadi perdebatan netizen

Masya dikecam gara-gara memakai hijab yang dikatakan tidak dibenarkan bagi seorang muslim

TAK habis-habis dikecam kerana penampilan pelik, nama penyanyi Masya Masyitah terus menjadi bualan hangat netizen apabila tampil dengan imej yang dikatakan tidak sesuai untuk wanita berhijab.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya, Masya atau nama sebenarnya Siti Nur Masyitah Mohd Yusoff, 22, menerima kecaman kerana mengenakan hijab tetapi menyerupai rambut yang ditocang.

Ada menganggap tudung yang pakai Masya seperti rambut yang diikat toncang

Rata-rata pengikut mengkritik gaya tersebut dan mendakwa cara pemakaian Masya semakin pelik sejak dikenali ramai.

"Haram bagi seorang wanita memakai hijab seperti rambut... semoga kita sama-sama istiqamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tanya kenapa pakai coli dekat luar, fesyen Masya Masyitah di Dubai kena kritik - “Apa anda rasa bukan masalah saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen sakit mata tengok pemakaian Masya Masyitah... fesyen dianggap pelik dan tak sesuai untuk wanita bertudung

"Sebagai salah seorang pengikut Masya sejak dulu, saya perasan awak mula berubah dari cara penggayaan hijab dan jauh sangat beza sebelum terkenal... saya doakan semoga awak berubah ke arah yang lebih baik.

"Makin lama pakaian dan tudung makin tak kena," komen netizen.

Malah, ada juga peminat meluahkan rasa kecewa dengan penampilan baharu Masya kerana dilihat berbeza tidak seperti dahulu.

Peminat lebih suka jika Masya tampil dengan pakaian yang menutup aurat

"Sebelum ini saya sebenarnya tidak mengenali pun Masya tetapi waktu itu saya tertarik dengan cara pemakaian dia yang cantik, nampak manis dan sopan santun tetapi selepas tengok penampilan baharu rasa sedikit kecewa," kongsi salah seorang peminat di ruangan komen.

Sementara itu Masya menerusi ruangan kapsyen memberitahu dia tidak menyesal dengan masa lalunya, namun berasa kesal kerana menghabiskan waktu bersama orang yang salah.

"I don’t regret my past,I just regret the time I’ve wasted with the wrong people," tulisnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain