suria

Bukan sahaja konsert, Lah Ahmad hadiah ‘Jatuh’ buat peminat

Lah Ahmad bikin konsert sempena 25 tahun berada dalam industri seni muzik tanah air.

PENYANYI Lah Ahmad bakal melancarkan album terbaharunya pada hari sama penganjuran konsert sulungnya iaitu 25 Years Lah Ahmad Live in Concert sebagai hadiah kepada peminat setianya.

Lah atau Abdullah Ahmad, 42, berkata, album berjudul Jatuh itu juga bakal dijual secara eksklusif pada 28 Januari ini di lokasi konsert tersebut yang diadakan di Stage 1 Theatre, PJPAC 1 Utama E, Petaling Jaya.

Bekas anggota kumpulan V.E. itu memberitahu pemilihan tajuk album berkenaan diambil daripada salah satu lagu dalam album berkenaan yang mengisahkan cinta seseorang yang telah lama dinantikan dan perasaan sayang sehingga ke akhir hayat.

Lah Ahmad rai kejayaan keluarkan album keempat yang berjudul Jatuh

Jatuh yang merupakan ciptaan Lah turut dilancarkan sebagai single pada Disember lalu.

Selain Jatuh, Lah turut melancarkan single kedua berjudul Ulangtahun yang dicipta oleh Asfan Shah yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Lagu Ulangtahun ciptaan sepenuhnya oleh Asfan Shah menceritakan tentang pasangan bahagia yang sedang menyambut hari ulangtahun percintaan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Lah Ahmad hormat kelantangan Damian Mikhail kritik V.E. tapi jangan sampai hentam!

Bercakap mengenai 25 Years Lah Ahmad Live In Concert, Lah memaklumkan akan menyanyikan 20 buah lagu termasuk lagu lama dengan memberi nafas baharu khas buat peminat setia.

Konsert itu bakal menampilkan pengarah muzik Syawal Hussin bersama beberapa ahli muzik seperti Don (gitar), Khazri (gitar), Wan (drum), Amai (bass), Mirzan (keyboard) dan Ude Sitar (programmer) bagi mengiringi persembahannya.

Konsert ini diadakan selepas kejayaan showcase pertamanya pada tahun 2018 yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat.

Peminat masih boleh mendapatkan tiket konsert secara atas talian di onetix.com.my.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain