suria

Wajah dah ‘keras’, Sharnaaz Ahmad kurang minat berlakon drama romantik… “Penonton lebih suka lihat pelakon muka lembut”

Sharnaaz sudah kurang minat berlakon watak romantik.

PELAKON Sharnaaz Ahmad sudah kurang berminat memegang watak hero bagi drama genre romantik kerana merasakan ia sudah tidak bersesuaian.

Disebabkan itu, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37, berkata, dia tidak kisah sekiranya peranan itu diberikan kepada wajah-wajah baharu dalam industri lakonan.

"Saya masih lagi mendapat tawaran drama cinta tetapi sekarang rasa dah kurang minat. Bukan kata tak mahu terima langsung tapi bergantung kepada tawaran diberi.

"Kalau jalan ceritanya berat saya ambil, tapi kalau yang ringan dan hanya kisah cinta semata, berilah kepada pelakon BBNU," katanya kepada mStar.

sa2 - 1

Sharnaaz beri peluang kepada pelakon baharu.

Shaarnaz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media The Masked Singer Malaysia (TMSMY) musim ketiga yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Sharnaaz tidak menafikan penonton kini lebih suka menonton wajah-wajah baharu yang masih segar.

Sebagai pelakon, dia menerima kenyataan itu dan tidak berkecil sekiranya pelakon BBNU semakin mendapat perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad komen hubungan dengan pramugari, netizen syak wanita sama didedah Jayden

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad kuat kerana anak, beri ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Jebat... "Jangan bagi orang tunjal kepala"

"Penonton sekarang lebih suka melihat pelakon yang muka 'lembut' lagi. Saya ni dah 'keras'. Kita perlu terima dan jangan berkecil hati apabila pelakon BBNU mula mendapat perhatian daripada stesen televisyen.

"Namun, bagi saya apa paling penting mereka perlulah berbakat dan bukanlah sekadar ingin berlakon," ujarnya.

Sementara itu, pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini turut mengakui memilih pasangan berlakon bagi memudahkannya beraksi di hadapan kamera.

Penonton sekarang lebih suka melihat pelakon yang muka 'lembut' lagi. Saya ni dah 'keras'.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

Menurut Sharnaaz, dia pernah bergandingan bersama seorang pelakon yang tidak boleh berlakon dan ia memberikan kesukaran buatnya ketika berada di set penggambaran.

"Saya memilih juga untuk berlakon dengan siapa. Yang penting dia boleh berlakon. Saya pernah dapat pelakon yang tak boleh berlakon. Payah nak cakaplah.

"Kita bukan nak kata dia tu tak bagus. Mungkin belum bagus lagi kerana kurang praktis dan masih baharu. Jadi, kita tak boleh nak salahkan mereka juga," katanya.

sa1 - 1

Sharnaaz akui penonton mahu melihat wajah baharu di televisyen.

Bagaimanapun, Sharnaaz berpendapat seorang pelakon yang sudah lama berada di dalam industri tidak sepatutnya digandingkan bersama pelakon baharu.

Jika mahu memberikan tawaran kepada pelakon baharu, pilih pasangan yang sama level dengan mereka supaya sama-sama dapat membantu untuk jadi lebih baik.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz merupakan salah seorang juri tetap di program realiti TMSMY musim ketiga bersama Elly Mazlein, Shuib, Zul Ariffin, Emma Maembong, Didie Alias, Atu Zero dan Ella Aminuddin.

Program itu akan bersiaran setiap Jumaat pukul 9 malam bermula 23 Disember 2022 di saluran Astro Warna HD, selain boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain