suria

“Jangan main kotor” - Mawi kata malas berfikir punca industri hiburan dituduh ladang maksiat

Bagi Mawi platform dunia seni harus digunakan untuk sebar kebaikan.

PENYANYI dan penyampai radio Mawi kesal apabila ramai beranggapan industri hiburan adalah 'ladang' penyebab dosa dan maksiat.

Mawi atau Asmawi Ani, 41, berkata, dunia hiburan bukan tempat kotor seperti mana dilihat orang lain sebaliknya ia mampu menjadi platform bermanfaat sekiranya seseorang bijak mengatur langkah dan digunakan bagi memberi manfaat kepada orang lain.

"17 tahun aku dalam industri hiburan. Aku lihat dunia hiburan ini selalu dituduh penyebab dosa dan maksiat oleh segelintir pihak.

mawi 1

Mawi berkongsi pendapat di laman Instagram miliknya.

"Dunia hiburan tidak pernah kotor kalau kita bijak mengatur langkah. Menggunakan platform ini untuk menyebarkan kasih sayang dan mengenal akan Pencipta kasih sayang itu," katanya.

Mawi berkongsi luahan tersebut menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawi akui tak culas beri nafkah walaupun isteri keluar modal untuk buat filem

ARTIKEL BERKAITAN: Mawi bukukan kisah suka duka bergelar bintang popular, harap dapat jadi sumber inspirasi

Dalam pada itu, pengarah filem Tiada Tajuk ini lagi, sikap orang ramai yang tidak berfikir panjang juga menjadi faktor tanggapan buruk mudah diberikan kepada industri hiburan.

Bukan itu sahaja kata Mawi, dunia politik turut berdepan dengan pandangan buruk segelintir pihak disebabkan masalah sama.

"Apa yang membuatkan dunia hiburan ini kotor adalah berpunca daripada kita yang tidak mahu berfikir.

Apa yang membuatkan dunia hiburan ini kotor adalah berpunca daripada kita yang tidak mahu berfikir

MAWI

PENYANYI/PENYAMPAI RADIO

"Dunia politik juga tidak pernah kotor, yang membuatkan ia kotor adalah daripada kita yang tidak mahu berfikir," ujarnya.

Mawi turut menyimpulkan secara keseluruhannya banyak isu yang berlaku dalam dunia ini disebabkan sikap malas berfikir.

mawi 3

Mawi memulakan kerjaya sebagai penyampai radio Zayyan pada 2017.

Penyanyi itu turut meletakkan tanda pagar #janganmainkotor dalam hantaran yang menggunakan gambar Amou Hadji iaitu lelaki warga Syria yang dikatakan tidak pernah mandi selama 60 tahun.

Untuk rekod, perjalanan kerjaya Mawi bermula selepas bergelar juara program Akademi Fantasi musim ketiga (AF3) sehingga pernah mencetuskan fenomena yang digelar 'tsumawi'.

Mawi juga pernah digelar sebagai Raja SMS kerana sering menerima anugerah yang melibatkan undian peminat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi