suria

[V] Duduk bersama ketika hari jadi anak, netizen harap rumah tangga Shuk dan isteri kembali pulih

Video yang dikongsi Shuk dan Sera mengundang tanda tanya.

SEHINGGA kini masih belum ada kata putus tentang kesudahan hubungan pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera sama ada sudah kembali bersama atau masih tidak tinggal sebumbung selepas rumah tangga mereka dilanda kontroversi sebelum ini.

Bagaimanapun perkongsian terbaharu pasangan ini di laman sosial masing-masing mendapat perhatian peminat apabila mereka dilihat bersama-sama meraikan ulang tahun kelahiran keenam anak sulung mereka, Nur Qurratu Ain.

shuk 2

Shuk bersama dua orang anaknya.

Duduk bersama dalam majlis tersebut, ramai membuat spekulasi mengenai hubungan Shuk dan Sera atau mereka hanya berhubung demi anak-anak kesayangan.

Ada pula berharap kemunculan mereka bersama dalam majlis tersebut sebagai petanda hubungan mereka sudah kembali jernih.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen memuji sikap mereka berdua dan mendoakan agar Shuk dan Sera kembali berbaik sebagai suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video hantar Shuk Sahar tunai umrah, Rossa Sera titip pesan minta banyakkan doa

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut kepulangan Shuk dari Tanah Suci, Rossa Sera jaga hubungan baik walau tidak lagi bersama... “Amanah bukti cinta kita dulu”

"Dah tahu dah Sera dan Shuk sudah rujuk. Harap baik-baik sahaja.

"Seronok tengok macam ini. Keluarga bersatu bahagia. Semoga jodoh Sera dan Shuk berpanjangan.

"Happy tengok Sera dan Shuk, semoga kalian bahagia hingga ke jannah," komen netizen.

shuk 3

Masih belum ada kata putus dalam status hubungan Shuk dan Sera.

Sebelum ini, Sera pernah memuat naik rakaman kenangan bersama Shuk dan anak-anak semasa menghantar pelawak itu mengerjakan ibadah umrah.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur assyifatu Aimi yang kini berusia dua tahun.

Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan penceraian terhadap Shuk pada November tahun lalu namun status perkahwinan pasangan itu masih menjadi tanda tanya.

Artikel Lain