suria

Eizlan, Ahmad Idham antara 5 selebriti bakal rebut jawatan wakil rakyat

Jurey Latif, Eizlan Yusof dan Ahmad Idham antara calon bertanding PRU15.

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) mencipta sejarah tersendiri apabila ramai selebriti dan penggiat seni turut dinamakan sebagai calon untuk bertanding pada 19 November ini.

Pelakon dan pengarah Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham diumumkan sebagai calon mewakili Gerakan Tanah Air IGTA) di bawah Parti Pejuang menerusi Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA-Pejuang yang diadakan di Pusat Konvensyen Bangi pada Rabu.

Ahmad Idham, 48, bakal bertanding merebut kerusi Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan manakala Eizlan atau Idris Md Yusof, 51, dicalonkan di Parlimen Sabak Bernam, Selangor.

Eizlan ketika ditemui berkata, dia pada awalnya tidak meletakkan sebarang harapan untuk dicalonkan walaupun dilantik sebagai Ketua Penerangan Pejuang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum ini.

Pelakon itu menyifatkan pencalonan berkenaan sebagai tanggungjawab besar yang harus dipikul demi bangsa dan negara.

Lando Khir

Khir dan Lando turut bertanding pada PRU15.

"Saya harap pembabitan saya di dalam politik memberi manfaat kepada semua terutama Parlimen Sabak Bernam," katanya.

Untuk rekod, Eizlan pernah menyandang beberapa jawatan penting termasuk Ahli Perbadanan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Pengerusi, Hal Ehwal Industri, Kebajikan & Data Industri Finas, Pengerusi, Skim Wajib Tayang Finas dan Perunding Kreatif kepada Menteri Luar Negeri Malaysia, Kementerian Luar Negeri (MOFA).

Manakala Ahmad Idham mempunyai taraf pendidikan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan dari Universiti Utara Malaysia dan pelakon itu juga pernah menyandang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

ARTIKEL BERKAITAN: Sungai Buloh trending di Twitter, netizen mahu Hans Isaac lawan Khairy Jamaluddin

Selain Eizlan dan Ahmad Idham, pelakon dan aktiviti Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando turut dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Tanjung Karang.

Proses penamaan calon PRU15 akan diadakan pada 5 November ini.

Sementara itu, penerbit dan pengarah, Datuk Jurey Latiff Rosli turut bertanding di Parlimen Lenggong mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kali ini.

Turut bertanding adalah bekas presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Mohamad Khair Mohd Noor di DUN Bintong, Perlis mewakili Parti Warisan.

Untuk rekod, bebrapa artis sebelum ini pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum termasuklah penyanyi Aishah, Herman Tino dan Dayangku Intan.

Aishah pernah bertanding pada Pilhan Raya Umum ke-13 (PRU13) bertanding kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan mewakili Parti Pas menentang calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Penyanyi lagu Janji Manismu itu bagaimanapun gagal merebut kerusi berkenaan apabila Mohd Isa menang dengan majoriti 8,614 undi.

Manakala Herman atau Marsun Tamsi pernah bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Tanjung Karang pada PRU13 menentang Tan Sri Noh Omar dari BN dan Pas, Mohamad Rashdi Deraman.

Kerusi itu dimenangi oleh Noh dengan 20,548 undi dengan Herman hanya mendapat 340 undi serta hilang wang pertaruhan.

Dayangku yang mewakili PKR pada PRU13 di Parlimen Pengerang turut kalah ditangan calon BN, Datuk Seri Azalina Othman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain