suria

'Casablanca' buka banyak peluang buat Nuha dan Naufal, bakal berduet dengan 2 penyanyi popular Indonesia 

Naufal dan Nuha akan berduet dengan dua penyanyi Indonesia.

PASANGAN duet lagu popular Casablanca iaitu Nuha dan Naufal teruja apabila dimaklumkan penyanyi terkenal Indonesia Rizky Febian ingin berkolaborasi bersama mereka.

Pemilik nama sebenar Nuha Shakina Saiful Bahrin, 22, ini berkata, dia sangat teruja apabila mendapat perkhabaran berkenaan kerana memang mengagumi penyanyi berkenaan.

"Saya sangat terkejut sebab saya merupakan peminat Rizky dan sangat kagum dengan lagu-lagu nyanyiannya.

"Saya akan menangi keseronokan sekiranya kami benar-benar diberi peluang untuk bekerjasama dengan Rizky," katanya kepada mStar.

Nuha Bahrin dan Naufal Azrin masih tidak percaya lagu Casablanca mendapat perhatian artis dari Indonesia.

Nama pasangan penyanyi ini sedang popular dalam kalangan peminat kerana lagu Casablanca

Nuha berkata demikian ketika ditemui pada majlis kesyukuran kejayaan lagu Casablanca di pejabat Universal Music Malaysia di Petaling Jaya pada Khamis.

Dalam pada itu, Nuha turut mendedahkan mereka akan berduet dengan Nissa Sabyan untuk merakamkan semula salah sebuah lagu milik penyanyi Indonesia berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Marketing menjadi! Sebelum lancar Daqmie sudah jangka lagu ‘Casablanca’ akan meletup... bakal tampil single kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu penyanyi nasyid, Naufal Azrin dituduh murtad selepas lagu 'Casablanca' popular

Tidak cukup dengan itu, mereka berdua akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi bertemu dengan penyanyi dan komposer terkenal Melly Goeslaw bagi meluaskan rangkaian di negara berkenaan.

"Alhamdulillah, kami juga akan berduet dengan Nissa Sabyan selain akan ke Jakarta untuk mengadakan persembahan dan sambil itu akan bertemu dengan Melly Goeslaw," ujarnya.

Sementara itu, Naufal melahirkan rasa syukur apabila Casablanca diterima baik pendengar di Indonesia sekali lagu membuka pelbagai peluang kepada mereka berdua melebarkan sayap ke negara Republik tersebut.

Alhamdulillah lagu kita mendapat tempat di hati pendengar Indonesia.

NUHA BAHRIN

PENYANYI

Kata Naufal, mereka langsung tidak menyangka mendapat perhatian meluas peminat termasuk selebriti Indonesia ketika kunjungan promosi lagu tersebut di sana baru-baru ini.

"Peluang bertemu peminat, selebriti dan dijemput membuat kemunculan dalam program-program popular di Jakarta adalah pengalaman yang cukup indah buat kami berdua.

"Memang tak sangka Casablanca cukup popular di sana tetapi Alhamdulillah lagu kita mendapat tempat di hati pendengar Indonesia," katanya.

Nuha dan Naufal rasa bertuah dapat bekerjasama dengan komposer dan penulis lirik yang hebat

Dalam perkembangan lain, Naufal memberitahu Casablanca bakal diterbitkan dalam versi bahasa Inggeris dan Arab dalam masa terdekat.

Pasangan duet ini turut melahirkan penghargaan buat komposer lagu tersebut iaitu Daqmi dan Wan Salleh yang menjadi pencetus kepada populariti lagu itu.

"Sejujurnya bagi saya Daqmi dan Wan Salleh adalah orang hebat sebab mereka berdua terkenal dengan genre heavy tetapi masih boleh menghasilkan sebuah lagu lain daripada bidang mereka.

"Saya sangat teruja sebab mereka berdua mempunyai banyak idea dalam pembikinan lagu yang dapat menarik minat orang ramai untuk dengar," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain