suria

Hairul Azreen ‘kecut perut’ filem arahannya bersaing dengan ‘Juang’ dan ‘Abang Long Fadil’

Hairul bersama barisan pelakon filem Ada Hantu 2.

PELAKON Hairul Azreen 'kecut perut' apabila filem arahannya berjudul Ada Hantu 2 yang bakal ditayangkan di pawagam pada 15 September ini bakal bersaing dengan beberapa naskhah lain seperti Juang dan Abang Long Fadil.

Hairul atau Hairul Azreen Idris, 34, berkata, filem tersebut sepatutnya ditayangkan pada Jun lalu namun mengikut senarai wajib tayang, ia diberikan kepada Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

"Sebelum Ada Hantu 2 ditayangkan, ada beberapa filem tempatan seperti Abang Long Fadil dan Juang turut berada di pawagam.

"Mengikut perancangan awal, filem Ada Hantu 2 akan ditayangkan pada Jun lalu namun bukan rezeki, jadi kami menarik slot untuk ditayangkan pada September," katanya kepada mStar.

HAIRUL

Hairul sekali lagi menggalas tugas sebagai pengarah filem.

Hairul ditemui pada majlis tayangan perdana filem Ada Hantu 2 yang diadakan pada Selasa lalu.

Filem yang menelan kos RM1.2 juta itu menampilkan barisan pelakon seperti Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Sophia Albarakbah, Fify Azmi dan Henley Hii.

ARTIKEL BERKAITAN: Percutian mewah jadi tarikan, peminat syak Hairul Azreen Sultan Pemurah

ARTIKEL BERKAITAN: Hairul Azreen tak pernah rotan anak, hanya tegur dengan pandangan

Dalam pada itu, ditanya mengenai sasaran kutipan filem tersebut, Hairul sekadar mensasarkan sebanyak RM5 juta kerana merasakan tidak layak membuat sebarang sasaran dibandingkan filem-filem box-office tempatan yang lain.

"Terus terang saya katakan, jika hendak dibandingkan dengan filem-filem yang lain, siapa saya untuk meletakkan sasaran pada naskhah ini.

"Tetapi dalam hidup kena ada target dan kalau ditanya saya hanya meletakkan kutipan sebanyak RM5 juta," katanya.

ADA

Dari kiri: Elvina Chua, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Shiqin Kamal dan Nafiez Zaidi.

Sementara itu, mengulas cakap-cakap mengatakan dia menjadi anak emas Adrian Teh yang juga penulis bersama Amar Amir untuk filem berkenaan, Hairul memberitahu dia selesa bekerjasama dengan penerbit dan pengarah filem Paskal tersebut.

Bagi Hairul, keserasian dalam bekerja sangat penting dan Adrian adalah antara individu yang mempunyai kualiti dan visi serupa dengannya.

"Kalau lihat di Hollywood, ramai yang mempunyai gandingan sama. Keserasian dalam bekerja itu penting. Jadi tak hairanlah mengapa saya pilih untuk bekerjasama dengan Adrian dan barisan pelakon dalam filem ini.

"Malah kru produksi juga adalah tenaga kerja yang sama, pendek kata macam kita kerja dengan kawan-kawan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain